Thursday 14 March 2013

Yes! Misi Berjaya.

Assalamualaikum..


Hai buddies ku sekalian.. 
Sambil layan lagu korea dan hindustan aku taip story nie. Korang ingat lagi entry nie..kerana mulutmu .. Entry ini menceritakan perasaan aku sebagai perempuan yang berbadan kurus keding serupa tak cukup makan. 

Ye, memang dulu aku kurus keding. Aku mengaku.. Kalau angin tiup pun mungkin boleh melayang. Jangan salah anggap ye, takde istilah diet dalam kamus hidupku.. Aku sangat suka makan.Dah memang badan aku nie susah nak naik, nak buat macam mane makan dah terlebih pun badan still mantain...

Disebabkan ramai sangat orang tegur aku dan mungkin sebab cemburu dengan bentuk badan aku yang macam model ini (perasaan untuk 'up' diri ). Aku telah bertekad untuk menaikkan berat badan aku. Aku sedar aku punye BMI confirm underweight sebab dengan tinggi aku yang 153 cm dan berat badan yang hanya 40 kg dan kadang kurang membuatkan aku jadi stress dengan berat badan aku sendiri. Itu lah girl, memang susah nak berpuas hati dengan diri sendiri. Kurus pun susah, gemuk pun susah. 

Selepas mendapat nasihat daripada kawan aku yang bernama mimi, aku telah mengambil supplement ginseng. Kira supplement nie untuk menambah selera makan aku dan menaikkan berat badan aku ke tahap normal. Selepas 3 hari pengambilan, alhamdulillah selera makan aku semakin bertambah. Asyik nak makan jer dalam otak ini. 

2 minggu selepas ambil supplement tu, berat badan aku naik dan aku terasa pipi dah semakin membulat. Bila aku cek berat badan.. wow.. dari 40 kg dah naik 45 kg.. suka betul aku.. hehhe..  Tamat jer semester 7 dan balik kL untuk bercuti,aku telah dijamu oleh makanan yang lazat di rumah mak cik. Keluar dating gak aktiviti utama adalah makan. Hal ini menyebabkan berat badan aku naik 4 kg. fuh.. syok giler wo....

percaya ke tidak?
Tengok tang muka pulak..

tang pipi tu yang berubah bentuk.  yang tudung kuning dulu, tudung merah sekarang



Lagi ye tengok perubahan aku..

masa kurus
dah ada isi.
masa keding
berat badan ideal.
Masalah yang timbul pulak bila berat dah naik nie ialah seluar yang dulu semua dah tak dapat pakai. Nasib baik baju masih dapat pakai lagi. Sekarang aku rasa senang dan selesa dah dengan berat badan sekarang. Supplement tu,aku dah tak ambil dah dan berat badan still berat badan ideal.. Terasa nak jerit jer dengan orang dok kate aku kurus keding dulu. Wei, aku dah ada isi? tak keding dah. terima kasih lah dulu bagi nasihat kat aku depan orang ramai. Terasa macam nak cakap macam tu pulak dekat orang tu.

Pengajaran di sini, tak semua cemuhan orang kat kita tu hanya untuk menjatuhkan kita saja. Bergantung kepada kita untuk menangani cemuhan tersebut supaya boleh dijadikan peransang untuk memajukan diri sendiri. Renungkan-renungkan dan selamat beramal..
 

Sekian.


6 comments:

  1. apakah rahsianya? produk ape ye? haha

    ReplyDelete
  2. produk itu hal kedua.. yang penting.. bahagia.. hehehe.. iz nak gemuk jugak ke?

    ReplyDelete
  3. Salam.. sy tinggi 154cm..dulu berat mcm awk gak 39-42kg..ramai nasihat suruh naikkan berat. puas sy naikkan berat..minum susu sblm tido x naik2 gak..makan byk x naik gak..lama2 badan sy dah hujung2 20-an ni makin naik sbb metabolisma menurun..skarang sy sibuk nak turunkan berat bdn.. nasihat sy, kekalkan berat bdn ideal awk, jgn naikkan lg. Once dah naik mendadak, nak turun payah sgt..sekadar berkongsi cerita..

    ReplyDelete
  4. Nk gemuk jgk..bole tlg sy?

    ReplyDelete
  5. Plis tolong saya , sy nak naikkan berat badan . Dah mcm2 usahe jugak . Help me 017-3101358

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sis Amirah, Hari tu saya ada makan supplement untuk gemukkan badan tapi saya dah tak ingat nama supplement tu. Sekarang lepas kawen dan beranak berat dah tak underweight lagi dah. Sis dah kawen ke? Kalau belum. Jangan risau. Insha Allah, nanti lepas kawen berat akan naik. :) Thank you sudi singgah blog saya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...