Thursday 7 March 2013

24 Tahun

Assalamualaikum

Tanggal 1 Mac 2013, genaplah umur aku 24 tahun.  Tepat pukul 12 malam Encik Cinta dah call siap nyanyi-nyanyi lagu happy birthday lagi. Esoknye pulak, kawan-kawan dekat office wish birthday dan kebetulan office buat bacaan tahlil dan yassin. Bersyukur sangat ulang tahun kelahiran dengan adanya bacaan dan doa macam nie. Satu hari tu, jadi orang popular dengan ucapan di Facebook dan telefon dari kawan-kawan. Malamnye pulak kawan-kawan dekat kampung buat BBQ dan reunion sekaligus siap ada kek lagi. Terharu sangat rasanya. Dan yang paling kelakar ada orang nak buat kejutan pada hari itu, tapi tak jadi dan akhirnya dia pulak yang di suprise kan.. hehehe..

Perkara tersebut berlaku cuma satu hari sahaja. Bertukar sahaja tarikh, dah tak popular lagi dah aku. Aku bukan nak cerita pasal aku nie popular ke tak. Dah confirm aku ini tak dapat lawan kepopularan Puan Siti Nurhaliza kan? Aku cuma tengah berfikir, selama 24 tahun nie. Apakah sumbangan aku kepada keluarga aku? sumbangan aku kepada negara? atau sumbangan aku kepada diri sendiri? Kadang-kadang semua perkara itu harus kita fikir juga untuk memotivasikan diri kita.

Selama 24 tahun ini juga, sudah banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku. Perkara suka, duka, pahit dan manis kehidupan hampir kesemuanya aku dah tempuh. Kalau boleh diputarkan masa di umur aku 19 tahun atau 18 tahun. Alangkah bahagianya, sebab masa itu mak dengan ayah masih berada di samping aku. Tapi perkara tersebut amat mustahil bagi aku.

Kehidupan harus diteruskan. Pertambahan umur akan mematangkan diri kita. Apakah akan berlaku pada umur 24 ini? Hanya Yang Maha Besar yang mengetahuinya.. Mana tahu kahwin tahun nie.  Jeng..jeng.. jeng... Lamaran sudah ada cuma menunggu masa jer lagi..

Semoga Allah sentiasa membahagiakan aku dan orang-orang di sekelilingku.. amin...


Aku,Usu (pak cik aku),Is(adik aku), Siti (my kazen),Jiji (adik aku)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...