Monday, 24 September 2012

kisah hati

Assalamualaikum

Entry ini bertujuan untuk menceritakan kisah sekeping hati. Hati sekeping ke? emmmm... entahlah,nanti aku rujuk balik dengan cikgu BM aku.

Hati itu memang dari seawal umur 19 tahun telah melalui saat yang amat menyukarkan dalam hidup. Bermula daripada umur tersebut, hati itu telah merasai kesedihan yang amat dahsyat. Kesedihan disebabkan oleh kehilangan ayah dan ibu  yang tercinta. Kesedihan itu telah menyebabkan hati itu susah untuk menerima perasaan sayang dari mana-mana manusia. Seolah-olah hati itu telah tertutup. Ya, telah tertutup untuk menyayangi sebab hati itu takut jika ia menyayangi seseorang, orang itu akan pergi meninggalkannya. 

Setelah beberapa tahun, hati itu mula menerima ketentuan yang maha Esa. Hati itu mula menerima seseorang hadir dalam hatinya. Hati itu seolah-olah percaya yang orang tersebut akan menjaga hati itu sebaiknya. Hati itu telah dicuri, dicuri oleh seorang yang dicinta. Bahkan pemilik hati itu merelakan hatinya dicuri oleh orang tersebut sebab dia telah mula rasa bahagia.

Setelah 2 tahun hati itu rasa bahagia. Hati itu mula disakiti sedikit demi sedikit. Pencuri hati itu mula menggores hati itu dengan pisau yang amat tajam. Luka yang di alami oleh hati itu diubati oleh pemilik hati dengan penuh kesabaran. Hati itu sembuh dengan sendirinya.

Sekarang, pencuri hati telah melukakan hati itu lagi dengan pisau yang amat tajam dan menusuk pisau sedalam-dalamnya sehinggakan hati itu sudah tidak mampu bertahan dan bersabar lagi. Luka di hati itu membuatkan pemilik hati menangis sepanjang malam kerana dia merasakan dengan tangisan, hati itu mampu memaafkan si pencuri hati itu tetapi sayang hati itu amat degil untuk memaafkannya.

Akhirnya,hati itu telah dikembalikan kepada pemiliknya itu kembali. Sekarang pemilik hati itu sedang cuba untuk  mengubati luka-luka yang ada dalam hatinya. Bilakah hati itu akan sembuh? Adakah memerlukan masa yang lama? Atau ada lagi si pencuri hati yang lain yang cuba untuk mencuri hati itu kembali? Hanya masa yang menentukan segalanya.

Sekian saja kisah hati.

Harap tak sakit hati bila membacanya.



cara mengubati hati yang telah disakiti...


wassalam.

6 comments:

  1. mohon dedahkan identiti pencuri hati tu.. :P

    ReplyDelete
  2. izahar azizan nak buat ape dengan pencuri hati tu?

    ReplyDelete
  3. O tedah. Piluk na juak. Follow mine //myhabibysuperb.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...