Friday, 19 December 2014

Aku dan orang ketiga

Assalamualaikum. 

Kisah aku dengan orang ketiga. Orang ketiga yang memang dinantikan oleh aku dan suami. Orang ketiga yang akan kami sayang. Orang ketiga yang membuktikan cinta kami.

Kisah bermula apabila aku mula berasa pelik sebab period delay dah seminggu lebih. Jarang sungguh berlaku. Selalunya akan sentiasa tepat pada masanya.
Sabar dulu ye nor. Tunggu lagi seminggu baru check. Ok.. Seminggu lepas tu aku beli pregnancy test. Beli yang paling murah punya sebab masa tu pun tengah sesak.

 Pagi-pagi bangun terus masuk tandas. Melalui pembacaan aku, cara terbaik untuk check pregnant adalah masa awal pagi. Air kencing masa tu adalah air kencing yang terbaik sebab kadar hormon HCG pekat masa tu. Hormon HCG nie adalah hormon yang dihasilkan oleh uri yang mengandungi janin di dalamnya. 

Keputusannya adalah seperti di atas. Line kedua kelihatan jelas yang menandakan aku mengandung. Aku tersenyum sampai ke telinga. Terus kejutkan encik suami yang tengah lena tidur. 

"Abang!!!! Abang!!! Bangun! ada baby bang!

Suami aku bangun sambil mengesat-ngesat matanya. 

"Baby!?? mana baby?

Ok.. kerana excitednya aku membuatkan suami aku mengigau di pagi hari.

Tapi, aku tak nak pergi klinik dulu sebab aku rasa macam masih terlalu awal, Mungkin masa tu usia kandungan masih dalam 4 minggu.

Seminggu lepas tu. Aku mula loya-loya, pening dan muntah. Dia dah mai dah.. mai dah.. Aku cuba tahan untuk tidak ke klinik. Satu hari tu, aku dah tak tahan. Terus ajak suami pergi ke klinik. Dan Doktor mengesahkan yang aku mengandung. Mengikut pengiraan doktor dalam 5 minggu macam tu.

Perasaan excited dan gembira memang terpancar di muka kami suami isteri. Family yang dimaklumkan pun gembira dan mula bagitau pantang larang masa mengandung. Makanan yang boleh dan tak boleh makan.

Antara makanan yang paling pantang di makan adalah Nanas. Jangan sesekali ye ibu-ibu mengandung untuk memakannya. Jangan angkat benda berat-berat. Jangan terlalu stress sangat. Sebab semua nie akan link kepada baby kita. Kalau kita asyik bad mood jer, nanti baby kita pun keluar asyik bad mood jugak. Aku sedaya upaya untuk mengikut segala pantang larang yang orang tua bagi kat aku.

Alahan aku semakin teruk. Makan dah semakin kurang. Asyik muntah-muntah. Makanan yang boleh kurangkan loya aku adalah aiskrim. Hampir setiap hari mesti makan aiskrim yang sama. Tak kira pagi atau petang, malam atau siang.


Ini la aiskrim yang asyik dimakan. 
Masuk minggu ke-9, loya dan muntah aku dah semakin berkurang. Aku dah boleh makan nasi. Selera makan aku pun dah semakin bertambah. Alhamdulillah.. Perut pun dah semakin nampak masa tu. Ketidak sabaran aku untuk melihat baby semakin menjadi.

Minggu yang ke-12 usia kandungan. Kira-kira 3 bulan macam itu la. Kerja dekat office semakin melambak. Aku setiap hari balik kerja dalam keadaan penat. Aku terfikir mungkin sebab mengandung aku menjadi semakin cepat penat. Kat rumah pun encik suami yang tolong masakkan. 

Suatu malam, selepas aku dan suami makan malam. Aku mandi dan semasa mandi. Sesuatu yang memang tidak aku duga dan jangka. Sungguh tidak aku sangka. Ada kesan tompokan darah dekat seluar kecik. Aku terus menjerit memanggil suami. Suami cakap jangan fikir bukan-bukan. Mungkin normal sebab baby nak besar. Aku tahu sebenarnya dia pun fikir benda yang sama apa yang aku fikir.

Esok harinya, aku bekerja seperti biasa. Tengah harinya, aku rasa seperti tak selesa. Dan terus ke tandas. Di tandas, ada lagi tompokan tersebut. Aku dah mula menangis.

"baby, jangan takutkan ibu baby.. ibu sayang baby."

Aku terus ajak suami pergi ke klinik. 

Doktor mengesahkan yang aku "incompleted miscarrige". Ya, Gugur yang tak sepenuhnya gugur. Doktor scan baby sudah tiada denyutan. Dan pembesarannya hanya minggu ke-9. Sedangkan masa tu sepatutnya dia dah mencapai usia ke-12 minggu. Ya, aku kena terima hakikat yang baby dah takde 3 minggu dalam perutku cuma dia tak nak keluar. Maksudnya die cuma hidup 9 minggu dalam rahimku. Allahuakhbar.. aku sedih Ya Allah...

" puan, kalau puan rasa sakit sangat dan ada keluar darah yang banyak. puan terus ke hospital"

Malam itu, masa tidur. Sakit yang teramat di bahagian ari-ari. Macam senggugut tapi teruk lagi. Jam masa tu seawal 1 pagi tetapi aku dah mula sakit malam nye lagi. Darah dengan ketul-ketul darah keluar dengan banyaknya. Aku hampir pitam. 

Terus suami bergegas bawak ke hospital. Masuk emergency. Dan di tahan di wad. Doktor nak memastikan yang kesemuanya telah complete keluar. 

Dua-dua tangan kena cucuk.

Di hospital, dimasukkan sekali dengan wad orang yang baru melahirkan. Malam-malam dengar baby menangis. Terasa mimpi semacam ada baby kita sendiri di sisi. Mengalir lagi air mata aku.

Esoknya, dibenarkan keluar. Alhamdulillah..

Aku masih bersedih. Masih belum dapat menerima kenyataan. 

Semua kesedihan aku kongsi dengan suami. Dia la sumber kekuatan. Aku terfikir. Bukan aku tak boleh mengandung kan. Lain kali boleh cuba lagi. Sekarang jer bukan masanya. Percaturan Allah kat kita adalah terbaik.

Alhamdulillah.. Aku sekarang pulih sepenuhnya. Aku dah boleh terima kenyataan.



Baby,
Mungkin kita tidak berjodoh di dunia
Tetapi kita berjodoh di akhirat sana
Tunggu ibu ye.

Ibu dan ayah sayang baby.

I love you.


Sekian.

Yang benar.
Ibu







  

Friday, 15 August 2014

Perkahwinanku - Akad Nikah


Assalamualaikum

Dah raya ooiiii..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Dah nak sampai penghujung dah pun raya nie. Pertama sekali nak mintak maaf dengan siapa2 yang suka baca blog aku. Lama kot tak update blog. Kisah kawen dah berbau masyam dah. Huhu.. Lepas kawen hari tu, duk rumah mak mertua. Jadi kat kampung takde lah line yang membolehkan aku untuk update blog kesayanganku ini. Sekarang baru duk rumah sendiri. Ada la masa sikit nak update blog.  Harap alasan itu dapat korang terima ye.

Tak kisah la bau masyam ke ape. Aku tetap nak update sebab aku nak ingat hari bahagia aku ini sampai bila-bila. Mana tahu nanti aku terhilang ingatan ker. Jadi aku boleh baca blog aku nie untuk mengembalikan ingatan aku. Terbaik kan alasan.

Firstly, yang aku boleh cakap. Kahwin memang penat. Penat sangat-sangat. Penat senyum. Walaupun korang tengah kepanasan dan berpeluh. Korang kena senyum. Walaupun korang sakit perut nak berak. Korang kena senyum. Malamnya tidur pun dalam senyuman. hihihi..

Tanggal 3 Mei 2014 bersamaan 3 Rejab 1435 Hijrah. Sah la aku menjadi isteri kepada Raihezam bin Abu Bakar (eh.. lalu pulak sang suami belakang aku...hihi). Alhamdulillah, Semuanya berjalan dengan lancar dan seperti di rancang. Dengan sekali lafaz "Aku Terima nikahnya dengan mahar tersebut". Aku bersyukur menjadi isterinya. Perasaan masa tu toksah nak habaq la ooiii.. Semuanya bercampur.. Sampai terdetik dalam kepala... eh, dah jadi bini orang dah aku. Aku nak ucap berbanyak terima kasih kepada yang banyak membantu dalam melancarkan majlis. Kaum keluarga,sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai dan semuanya yang membantu.

 Dengan sekali lafaz.
"Aku terima nikahnya dengan mahar yang tersebut"






Mak andam merangkap kawan sampai matiku.
Mak andam untuk nikah. Cantik kite di buatnye.



Ini pulak tatarias tudung ku.
Cakap jer nak tudung stail macam mana. Dia boleh buat dengan bantuan Youtube.


My new family
Akad nikah hari sabtu. Hari khamis tu malamye family lelaki dah sampai Sarawak. Diaorang duk homestay dulu la. Nasib baik ada homestay yang dekat dengan kampung. Senang sikit nak bergerak ke rumah. Dan aku bersyukur sangat kampung dekat la dengan airport.

Akad nikah lepas zohor. Dah janji dengan tok kadi lepas solat zohor nak nikahkan kite orang. Aku paginye, sempat lagi dok tolong orang basuh pinggan. Sebab apa aku rajin? Sebab aku nak hilangkan inai dekat tangan aku. Biasala bila pakai inai segera, warna akan jadi merah kehitaman kalau terlebih guna. Yela, berinai pun malam sebelumnye. Sampai nenek aku sound. Ko sepatutnya inai dua hari sebelum nikah. Baru tangan tak gelap macam tu,lain la kalau guna inai daun. Memang niat nak guna inai daun tu. Tapi sekarang memang susah nak dapat. huhuhu..


Korang tahu yang tukang buat inai aku siapa? Itu lah adik lelaki aku. Merangkap wali yang akan nikahkan aku keesokkan harinya. Tapi sempat sebelah tangan jer. Sebelah tangan lagi. Mimi iaitu tatarias tudung aku yang buat. Legend jer lelaki pandai lukis inai kan? hihihi..

Bangun jer paginye, fuh.. jantung mula berdegup kencang. Hujan mula turun. Alhamdulillah, hujan di hari nikahku. Rahmat Allah. Ramai tetamu, sanak saudara, jiran tetangga datang nak buat "rewang". Kalau kat sarawak kite orang panggil "duk kejo". Suasana macam ini la yang aku mahu. Kerjasama orang kampung. Meriah rumahnya jadinye.

Perkara yang melucukan terjadi masa akad nikah. Cari i.c aku tak jumpa. Aku ingatkan tok kadi tu nak i.c pihak pempuan. Gigihla dok mencari. Sedangkan masa tu, aku dah duduk bersimpuh baik punye sebelah laki aku yang nak salam tok kadi tu. Aku bangun balik nak cari i.c. Cari punya cari tak jumpa. Lepas tu dengan selamber nye tok kadi tu cakap. Tak payah. Fuh, malu jugak la masa tu. Kenangan untuk cucu cicit nanti.

Apa-apa pun, aku selamat dah jadi isteri orang. Doakan aku bahagia sepanjang hayat dengan dia.

Nantikan entry untuk malam berinai dan hari persandingan pulak nanti ye. Entah bila pulak sambungan nye. Hahahaha..


p/s : sorry gambar tak berapa nak cantik. kebanyakkan kamera phone jer punya gambar tu. 



terima kasih sudi baca. 


fuh. ahernya. siap jugak taip satu entry. setelah sekian lama.







Saturday, 10 May 2014

Aku isterinya.

Assalamualaikum.
Aku isterinya.
Alhamdulillah.
3 Mei 2014.
Aku halal untuknya.

Saturday, 5 April 2014

Lelaki dan perempuan apabila shopping

Assalamualaikum

Hidup aku dikelilingi oleh lelaki. Negatif punya mukadimah. hihihi.. 

Adik-adik aku semua lelaki. Pakwe aku lelaki. hahahha... Di tempat kerja dalam office aku semua lelaki. Aku bukan tomboy atau lelaki aku masih lagi perempuan yang sejati. Aku cuma nak bagi contoh betapa kehidupan aku dikelilingi lelaki dan nak meyakinkan korang lah yang aku dan lama buat pemerhatian tentang perangai lelaki nie. Pemerhatian sangat.. Bukan perangai playboy yang lainnya tapi perangai lelaki apabila shopping. Aku bercerita melalui pengalaman aku bukan pengalaman siapa-siapa.

Cerita pertama:

Sekitar tahun 2012, aku mengikut family pak cik aku dan isterinya shopping barang keperluan dapur atau rumah. Masa itu kalau tak silap aku dekat mydin subang. Pak cik aku masa itu bawa 2 orang anaknya, sorang baby kira dalam 3 bulan dan sorang lagi dan umur 4 tahun. Aku kira tukang jaga budak 2 orang itu lah. Tapi yang baby tu tak nak kat aku. Dia nak kat ayah die saja. Jadi pak cik aku lah yang mengendong ke hulu hilir dalam mydin tu. Letak dalam baby stroller tak nak pulak.

Aku dengan anak die yang 4 tahun tu follow mak cik aku pergi cari susu baby. Kiranya mak cik aku nak tukar susu anak die. Yang si kecik tu tak masuk susu sebelumnya jadi nak kena beli susu jenama lain. Mak cik aku nie memang jenis yang teliti sikit. Kalau bab kesihatan nie memang tak boleh lawan. Jadi tempat display susu tu memang semua dia dah baca ingredient kat belakangnya. Satu jenama susu dia baca ada dalam 15 minit. Kalau ada 10 jenama susu. Berapa jam diperlukan?

Tiba - tiba... Pak cik aku mai dengan baby. Dia ambik satu tin jenama susu baby tu dan terus bawak kat kaunter. Mak cik dan aku tergamam. Keluar jer dari mydin. Pak cik aku cakap. Pilih susu pun nak kena satu hari duduk dalam mydin ker? Kami hanya mampu senyap.

Cerita kedua:

Kisah aku sendiri dengan abang besar. Masa tu tengah beli barang dekat tesco. Aku cakap bawak la troli. Dia pulak cakap. Bawak bakul jer. Aku terfikir sendiri. Bagus jugak bawak bakul. Kalau bawak troli makin besar nafsu kita nak beli barang. Yela.. sebab tengok troli tu besar banyak barang nak isi.

Ok sebelum tu. Masa dalam kereta. Dia ada tanya. Ada banyak barang ke nak beli dekat tesco. Aku cakap tak banyak pun. Ok.. memang tak banyak.

Betul.. memang tak banyak barang pun. Cuma tukar troli jer sebab barang tak muat masuk bakul. Bakul kecik sangat. Barang tak banyak. Bakul tu yang kecik. hihihi..

Belum lagi bab aku masuk kedai dan aku lupa barang nak beli. Jadi aku kena tawaf satu tesco dulu untuk ingat barang ape aku nak beli. Teruk kan penyakit.




Kedai mana yang lelaki boleh duduk lama-lama. Kedai jual handphone, kedai jual kasut bola, kedai jual PS or FIFA, kedai aksesori kereta. Kalau kat kedai tu korang tak yah tunggu. Lebih baik korang pi gurdian or watson cuba segala lipstic atau minyak wangi yang display kat situ yang selalu aku buat. hahahaha..

Memang lelaki dan perempuan tak sama bab shopping nie. Perempuan kalau boleh nak beli semurah yang mungkin. Kalau perempuan macam aku la. Cantik dan murah prinsip itu kena ada. Jadi memang heaven kalau perempuan pergi dekat Nilai 3. Syok wo.. hihihi

Kalau lelaki pulak. Biar mahal asal berkualiti dan boleh pakai lama. Kalau korang perasan la. Kalau bab baju mesti korang tengok lelaki jarang nak beli. Sebab apa. Sebab baju tu berkualiti. Beli sampai beratus. Dan boleh tahan sampai bertahun. Kalau perempuan beli baju, sekejap jer pakai. Dah taknak pakai sebab apa. Sebab perempuan mudah bosan pakai baju yang sama jer. Pakai baju yang sama berulang kali akan menurunkan mood kami.

Kalau bab beli barang makanan, perempuan akan teliti dulu tentang makanan tersebut. Bila expired date? Masak guna apa? Ada koyak tak? Harga berapa? Dekat speedmart ke dekat tesco murah lagi? Sedangkan nak beli biskut kering untuk cecah teh o panas jer pun. Korang fahamkan betapa detailnya perempuan.

Kalau lelaki pulak, diaorang dah set dalam kepala otak diaorang. Diaorang nak beli apa? Terus pergi tempat yang display makanan tu tengok harga dan rembat bawak ke kaunter. Lepas bayar terus bukak masuk mulut. Settle...

Pasal bab tawar menawar pulak. Ada sesetengah lelaki nie tak suka tawar menawar. Macam arwah ayah aku dulu. Dia malas nak tawar menawar nie. Tapi arwah mak suka. Sampai harga termurah la dia boleh dapat. Aku pulak sekarang tak pandai nak tawar menawar tapi aku nak barang murah. Jadi aku bawak abang besar beli barang. Sebab dia nie pandai kalau bab tawar menawar. hihihihi




Ok.. entry nie sebenarnya pendapat aku saja melalui pandangan aku dengan orang di sekelilingku.

Bye. 







Thursday, 3 April 2014

Kawen Punya Pasal nie

Assalamualaikum

Korang ingat senang ke nak kawen. Susah kot. Bagi yang dah kawen tu hargailah perkahwinan korang tu. Aku nie menangis jer keje dekat-dekat nak kawen nie. Aku tak tahu lah nape la aku nie sensitif sangat semenjak dua menjak nie. Nie belum tengok bab mengigau malam-malam lagi. 

Kalau kita kawen just ikut islam jer. Buat wajib saje. Memang mudah. Mudah sangat. Bab adat nie yang menyebabkan pening. Aku dah banyak sangat argue family aku pasal bab adat nie. Tapi memang tak boleh nak kata ape la.. Sebab kita nie hidup bermasyarakat. Kalau nak ubah sikit-sikit tu takpe la. Jangan tak nak buat langsung.

Ok. First aku nak cerita. Mula-mula aku ambik kursus kawen dulu. Kursus kawen aku ambik dekat putrajaya. Ambik dengan abang besar sekali. Satu hari setengah kena ambik kursus. Nasib baik semua penceramah sempoi. Tak bosan. Gelak jer memanjang. 

Second. Aku bertunang. Masa bertunang tu pun ada gak benda yang memeningkan kepala aku. Yela, last minit punya pasal. Satu minggu nak urus semua. Dengan nak beli barang hantaran, dengan nak beli tiket flight lagi, nak booking homestay, kereta sewa, masa majlis tunang orang nak makan ape, aku nak pakai baju apa. Banyak wo nak kena fikir dalam satu minggu. Kalau hilang sabar memang boleh gila di buatnya. 

Lepas jer bertunang. Aku dah datang penyakit takleh tidur malam. Cuba banyangkan, bertunang bulan dua majlis kawen nak buat awal bulan lima. Sapa punya angkara, aku dengan abang besar la. Gatai sangat nak kawen. Tanggung la sendiri.

Lepas tu, aku buat ujian Hiv. Ujian Hiv nie kalau pengantin yang nak kawen dekat selangor or semenanjung memang wajib ambik. Kalau kat sarawak. Tak pandang pun die suratnye. Kalau nak tahu lebih lanjut baca kat sini Ujian Saringan Hiv

Bukan mudah nak mengurus sesuatu majlis lebih-lebih lagi majlis melibatkan diri kita sendiri. Aku ada banyak sangat kekangan yang harus aku tempuh. Dengan masalah bahasa lagi. Nenek aku cakap lain. Family abang besar cakap lain. Aku tersepit di tengah-tengah.

Tinggal 28 hari lagi nak nikah. Apa yang aku dah settle kan.

  • Kad kawen - aku dah tempah dekat kad molek.com tapi tunggu akak tu siap draft
  • Mak andam dan baju kawen - aku dah suruh mak cik aku cakap dekat mak andam kat kampung aku nak book die masa kawen n nak sewa baju sekali tapi sampai sekarang aku tak tahu apa perkembangannya.
  • Borang nikah - hari tu masa balik awal bulan 3 ingat boleh settle semua borang. Rupanya ada satu borang lagi nak kena isi. Kena bawa balik borang tu ke selangor. Baru semalam aku pos balik ke sarawak. 
  •  Pelaminan - Yang tu kira dah settle la. Aku dah suruh orang kampung sebelah buat. Tinggal nak bayar deposit jer lagi.
  • Baju akad nikah - Semua dah siap beli tapi... ala ada tapi lagi.. songkok abang besar tak beli lagi. 
  • Emas untuk batal sembahyang - memang tak beli lagi pun. 
  • Tiket flight - Yang family abang besar kira2 ada 12 orang nak pi. First trip aku dah settle kan booking. Tinggal trip yang kedua dan flight nak balik. 
  • Homestay & kereta sewa - Tengah mencari
  • Yang pasal majlis makan-makan - Aku dah serahkan sepenuhnya dengan nenek aku dan kaum kerabat aku
  • Barang dalam bilik tidur pengantin - esok lusa aku nak usha dekat nilai 3. Semalam aku tak habis pusing lagi. Ingat senang ke nak tawaf nilai 3 yang besar tu.
  •  Pengapit - nanti aku rembat jer cousin aku or geng sapphire beauty.
  • Photographer - Member abang besar ada offer nak jadi photographer hari tu. Harap jadi la.. kurang sikit bajet aku. hihi...
Apa lagi yang aku lupa. huhu..

Kalau korang nak tengok muka aku sekarang. Memang macam hantu kak limah, aku rasa dia lagi cantik. Dengan muka yang penuh berjerawat. Dengan eyebag nye lagi. Nak pergi spa duit macam tak cukup pulak. Apa yang aku patut buat sekarang? huhuhu..

Aku bukan mengeluh sebab nak buat persiapan. Cuma aku rasa penat. Penat sesangat. Belum lagi di tambah kerja yang semakin menimbun kat ofis. Sekarang nie pun aku tengah tunggu abang besar habis kerja sebab ada kerja yang nak settle kan hari nie jugak. Aku dah tak sabar nak tunggu hari langsung. Cepat la masa berlalu..

Tapi lepas tu nak fikir sal majlis kat selangor pulak. Nasib baik majlis tu aku dan abang besar tumpang majlis kakak ipar. Kurang sikit benda nak fikir.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Memang selalunya pekerjaan yang kita buat susah pada mulanya tapi kalau kita sabar dalam menguruskannya dan percaya akan pertolongan Allah. Nescaya sesuatu pekerjaan itu akan menjadi mudah.

Ini dah terlebih excited nie.





Sekian. Luahan hati bakal raja sehari.


Tuesday, 25 March 2014

Berdoa untuk MH370

Assalamualaikum.

Semasa Perdana Menteri membuat pengumuman khas malam semalam berkenaan dengan MH370 yang dikatakan titik terakhir di lautan hindi. Aku terus terbayang mereka yang berada di dalam kapal terbang tersebut. Bagaimana mereka menghadapi saat-saat getir. Sukar untuk di gambarkan.

Aku pernah di tanya seorang member. Dia kiranya tak pernah menaiki kapal terbang. Soalan yang aku rasa tak perlu aku jawab dan aku memang tak jawab pun. Soalannya..

Member aku : Tak takut ker ko naik flight?
Aku jawab: mula naik takut jugak. macam-macam benda fikir. Dah biasa, ok jer..
Member aku : Kalau aku lebih prefer naik bas. Kalau naik flight risiko mati tinggi kot.
Aku jawab: ...........


Bagi aku. Hidup mati kita Allah yang tentukan. Di mana-mana kita boleh mati. Mati itu pasti. Itu yang Allah dah janjikan untuk kita.

Kalau korang nak tahu, aku pernah merasa macam mana kapal terbang seperti nak terhempas. Serupa nyawa di cabut dari badan aku rasa.

Masa tu penerbangan aku ke sarawak. Kira aku balik sorang takde teman. Masa naik tu, penerbangan seperti biasa tanpa masalah. Aku duduk di sebelah tingkap. Memang aku suka sangat sebab boleh tengok langit dan matahari terbenam sebab masa tu dah petang.

Pilot mengumumkan yang kami akan mendarat dalam setengah jam tapi kenapa aku rasa flight bergoyang lain macam. Aku pandang sebelah tempat duduk aku. Sorang lelaki. Pemisah kami hanya satu kerusi. Goyangan kapal terbang semakin kuat.

15 minit kemudian, pilot membuat pengumuman sekali lagi yang cuaca di kuching hujan lebat tetapi kami kena mendarat dan kapal terbang kena melawan hujan untuk mendarat di landasan.

Aku dah beristghfar. Semua ayat suci yang aku ingat aku dah keluarkan dari mulut aku. Aku terdengar penumpang yang lain sudah mula menjerit. Aku pandang tingkap di tepi dan aku terkejut apabila tiba-tiba kilat memancar seolah-olah berada di depan mata aku.

Paling mendebarkan apabila flight tiba -tiba menurun dengan mendadak seperti hendak terhempas. Terkeluar perkataan ALLAHU AKHBAR!! dari mulutku.
Terasa seperti nyawa aku melayamg. Dalam kepala otakku terbayang semua orang yang aku sayang. Kalau lah aku mati......
Aku terdengar suara pilot memberi pengumuman supaya bertenang. Para penumpang mulai senyap dan kapal terbang masih lagi dalam keadaan seperti tidak stabil.

Beberapa minit kemudian, Aku dah boleh nampak landasan kapal terbang kuching. Aku tersenyum dan terdengar suara penumpang sudah mulai bercakap antara satu sama lain. Aku pandang lelaki di sebelah aku. Dia pun menarik nafas lega.

Mendarat sahaja di landasan. Semua penumpang di dalam flight bertepuk tangan tanda kelegaan. Dan aku menarik nafas lega. Mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa. Aku masih lagi di beri peluang untuk hidup. Alhamdulillah...

Itu adalah pengalaman aku semasa naik kapal terbang. Oleh sebab itu, aku boleh merasai macam mana keadaan mereka di dalam MH370. Sedangkan aku masa tu kapal terbang susah mendarat di sebabkan hujan apatah lagi mereka yang megalami saat yang paling dahsyat.

Pesan aku. Jika kita tidak mampu membantu dalam pencarian MH370. Jangan kita berlagak pandai yang kita pandai dalam serba serbi. Doa adalah bantuan kita yang paling bermakna.


Sekian.
Teruskan berdoa supaya segala misteri kehilangan MH370 terungkai.


Allah maha besar.

Saturday, 22 February 2014

Kecurangan

Assalamualaikum.

Curang. Korang pernah curang tak? Aku mengaku. Aku pernah curang. Dulu la. Curang dengan ex aku dulu. Dia tak peduli aku. Aku curang la dengan dia. Baguskan punya alasan.

Sekarang dengan Abang Besar dah takde masa nak curang bagai. Sebab apa? Sebab aku rasa dah terlebih kasih dan sayang dengan Abang Besar. Sampai melimpah ruah dah kasih sayang yang Abang Besar bagi sampai dah takde masa nak curang. Buang masa jer.

Apa definisi curang yang korang faham? Apa yang aku faham curang nie bermaksud korang dah ada pakwe/makwe, suami/isteri tetapi korang still lagi ada hubungan dengan orang lain. Kira orang lain tu orang ketiga la dalam hubungan korang. Hubungan dengan orang ketiga tu kira pasangan korang tak tahu pun. Harap boleh faham la ye apa yang aku cuba sampaikan.

Disebabkan aku sebelum nie pernah curang. Kira aku nak citer sikit la sal pengalaman aku. Aku dengan ex aku dulu memang cinta jarak jauh. Jarang jumpa. Setahun mula bercinta memang kira ok lagi. Selalu contact each other. Apabila dah menginjak ke tahun kedua. Dia dah kurang dah nak contact aku. Asyik sibuk jer. Aku pun tak tahu dia sibuk apa. Aku pulak jenis malas nak kisah. Senyapkan ajerla.

Lepas tu, dalam masa hubungan tak berapa ok tu. Ada sorang mamat nie. Satu kelas masa sem tu. Tapi budak tu junior aku dan muda dari aku. Rupanya dia syok kat aku. Dari awal sem dia usha aku. Mungkin masa tu dia ingat aku Ainan Tasneem kot. Kalau nak tahu apa kaitan Ainan Tasneem dengan aku korang baca entry nie Ainan Tasneem adik aku . haha..

Sambung balik citer. Mamat tu mula la cari segala perkara tentang aku. Entah macam mana dia boleh tahu nama aku. Chat kat fb segala. Dan mula ajak keluar. Aku masa tu tak fikir apa. Aku fikir kawan jer. Lepas tu dia pun macam sekepala pulak dengan aku. Ok la kan. Bila aku tanye, dia ada makwe ke tak. Dia cakap ada. Ha.. sudah..  apa crita nie bro? Ini dah curang tahap gaban dah nie.

Tak berapa lama lepas tu. Pakwe aku yang dah jadi ex aku sekarang kantoi pulak yang dia ada perempuan lain. Ha.. ambik ko. Pembalasannya. Selama nie dia senyap jer dan jarang ambik tahu pasal aku rupanya dia ada perempuan lain. Cilaben punya laki.

Aku terus insaf. Wah.. insaf. hahaha.. Insaf dah nak keluar dengan mamat budak junior aku tu. Aku dah mula faham macam mana kalau makwe die tahu yang pakwe dia ada perempuan lain. Mesti dia sedih, kesian pulak sebab aku dan dia sama-sama perempuan. Takkan la aku kejam sangat nak lukakan hati kaum sejenis aku kan.

Sekarang dua-dua aku lupakan. Ex aku pun aku tak tahu entah hidup atau m... .. astaghfirullah.. Mamat budak junior tu pulak aku still lagi baik tapi tak ade lah contact each other just anggap macam adik jer. Tak berani aku nak curang dengan Abang Besar. Taiko besar tu kot.. hahahha..

Aku nak cerita pulak pengalaman member aku. Member aku nie perempuan la. Dia nie kira dah bertunang. Entah macam mana dia boleh kenal dengan sorang mamat nie. Aku dah cakap dah jangan layan sebab ko dah ada tunang. Dalam senyap dia dok layan jugak mamat tu. Aku pun tak faham dengan minah nie. Dan yang paling dahsyat tu pulak. Mamat nie dah tahu yang member aku nie dah bertunang. Tapi dia cakap selagi tak kawen tak salah kalau berkawan. Member aku nie iyekan ajer. Haram punya mamat. Bila mamat tu dah tangkap cintan dengan dia. Member aku mula mengadu. Dia cakap dia tak sampai hati dengan tunang dia. Dia sayang dengan tunang dia. Aku dah muak dan nak muntah dah. Malas nak layan. Aku dah pesan dari awal dah jangan layan. Dah ko layan jugak. Ko tanggung sendiri.

Nasihat aku kat die. Nasihat nie aku dah bagi siap masa mula-mula dia kenal mamat tu. Kita nie perempuan. Buruk perangai perempuan nie masyarakat pandang lain. Buruk perangai lelaki masyarakat pandang lain. Contohnya, kalau lelaki curang ada perempuan lain. Orang anggap biasa lelaki curang. Kalau lelaki keluar malam subuh baru balik. Orang anggap biasa bagi lelaki. Kalau perempuan pulak nak ikut perangai buruk lelaki macam keluar malam balik subuh, curang ada lelaki lain. Confirm orang pandang jelek. Dah ke mana maruah perempuan tu? Maruah kot di sebut tak ke naya. Member aku nie tak dengar jugak. Tak tahu nak cakap apa dah.

Sekarang. Nasihat aku dengan dia. Kalau ko tak nak family ko malu ko kena tinggalkan mamat tu. Dan kalau ko pilih mamat tu untuk jadi suami ko. Ko kena terus terang dengan tunang ko dan tinggalkan tunang ko. Sampai sekarang dia tak buat apa-apa keputusan pun. Aku malas nak layan dah.

Apa bestnye curang nie? Bagi aku yang pernah curang nie. Takde best langsung pun. Takde life dan macam takde matlamat hidup. Masa kita nak keluar dengan teman curang kita tu mesti kita takut. Takut pakwe or makwe or suami or isteri kita call tanye kat mana. Terpaksa delete segala benda dalam phone supaya tak kantoi dengan pasangan kita. Dan yang paling banyak dosa adalah terpaksa menipu. Buat penat jer dik oooii..

Korang toksah nak percaya dengan benda nie. Perempuan tak cantik pun ada gak yang curang. Aku taknak perempuan yang tengah curang sekarang perasan yang die cantik. CANTIK la sangat.
Dah kenapa pulak gambar nie. Kalau nak dating takyah la ajak orang. Kan pakwe dah curang. HihIHi.. Aku paling tak suka kalau pakwe/makwe curang. Suka pulak dengan bestfriend foreber kita pulak tu. Hareeeem...
Yang nie aku tak tahu la. Nak percaya ke tak. Kalau korang tak nak dianggap bodoh. Jangan la curang. hehehe..
Apa yang cik kiah nie nak simpulkan dan ingat dekat kepala hotak korang tu. Jangan Curang. Curang hanya merugikan masa dan duit kita. Biar tak cantik dan tak hensem asal jangan curang. Bila dah curang sampai mati orang akan anggap diri kita nie buruk perangai.

Renung-renungkan dan Jangan Curang.

Pesanan anti curang ini di taja oleh Collagen plus Vitamin E yang dah merosakkan muka aku. Kurang ajeeesss punya produk.

sekian.


Thursday, 20 February 2014

Ujian Saringan HIV

Assalamualaikum.

Semalam aku pergi ujian HIV. Pergi dengan abang besar sekali. Aku buat dekat klinik kerajaan jer. Klinik kesihatan Tanjong Sepat. Bayar RM 1.

Sehari sebelum pergi aku apply cuti siap dan call klinik untuk confirmkan diaorang buat ujian saringan HIV untuk orang kawen bila. Nasib baik call dulu kalau tak lama nak tunggu sebab hari yang nak pergi tu hari rabu. Rabu untuk orang mengandung. Jadi nurse tu suruh pergi petang dalam pukul 2 mcm tu.

Esoknya,balik kampung dulu. Kampung Abang besar la takkan kampung aku pulak. Jauh lah pulak kan.
Mula-mula aku dan abang besar pergi dekat kaunter, nurse minta Ic untuk isi borang-borang yang berkenaan. Lepas tu bayar seringgit sorang kat kaunter tu.

Then, pergi ke kaunter seterusnya untuk check tekanan darah dan nurse suruh isi satu borang. Borang untuk lelaki lain,borang untuk perempuan lain. Soalan berkenaan diri kita dan tentang rekod kesihatan kita dalam borang tu.

Lepas dah siap isi borang tu bagi dekat nurse tu balik. Nurse tu ambik berat,tinggi dan ukuran pinggang kite. Apa yang aku ingat,aku punya berat 46kg,tinggi 155cm dan ukuran pinggang 68. Jadi BMI aku 19.0 dan sudah pastinya underweight. Tapi yang peliknya tinggi aku tak sama pulak dengan yang aku selalu ambik guna mesin dekat Tesco or Giant. Selalunya tinggi aku 153 jer. Bila kat klinik boleh pulak jadi tinggi. Itu yang underweight jadinya. Tak suka underweight. huhuhu...

Lepas tu,nurse suruh pi makmal untuk ambik darah. Aku yang masuk dulu baru abang besar. Lagi satu cerita kat sini. Masa ambik darah tu,boleh pulak darah segan nak keluar. Mula-mula doktor cucuk guna jarum besar darah tak keluar. Rupanya aku punya salur darah kecik jadi kena guna jarum kecik. Oleh sebab jarum kecik, jadi darah tu pun keluar lambat. Siksa jugak lah masa tu. Dahlah kena cucuk dua kali,sakit pulak tu. Sabar jer la. Nak kawen kan kena sabar. Bila turn abang besar pulak tak sampai 10 minit pun dah keluar. huhu..

Lepas ambik darah tu korang kena tunggu dalam setengah jam macam tu la,ada dah resultnya. Bagi kita yang perempuan pulak. Doktor akan suruh kita masuk bilik jumpa nurse untuk check breast. Ini part yang paling penting bagi wanita.
Masa aku dalam bilik tu. Nurse tu bagi tunjuk ajar macam mana nak check breast  untuk kesan kanser payudara dan kena di lakukan setiap bulan. Kiranya kita sendiri yang check dengan ikut cara yang nurse tu ajar. Setiap bulan tu maknanya, selepas 12 hari period day kite. Itu masa yang baik untuk kesan kanser kalau adalah. Kita kena peka dengan perubahan bahagian badan kita. Ingat ye, wanita.

Kalau korang nak tahu macam mana cara urutan untuk kesan kanser payudara tu, korang google ye. Aku nak explain kat sini rasa segan pulak.

Last sekali, aku dan abang besar pergi jumpa doktor. Jumpa doktor tu sebenarnya nak dapatkan pengesahan jer yang kite dah jalankan ujian HIV tu. Alhamdulillah. Aku dan abang besar negatif HIV. Maksudnya takde HIV la. hehehehe..

Kira settle dah part untuk ujian HIV. Lepas nie, nak daftar nikah pulak. Ujian HIV nie tak semua negeri wajib ambik. Macam kat sarawak masa adik aku kawen hari tu. Diaorang takyah buat pun. Ikut negeri masing-masing la. Tapi bagi aku ujian HIV nie penting.

Sebab apa penting? Kira untuk memastikan kita bebas dari HIV. HIV nie kan bahaya. Tapi korang mesti fikir kan kalau orang dapat HIV nie mesti orang jahat, mesti kehidupan die sosial dan suka tukar-tukar pasangan. Tak semestinya taw. HIV nie boleh jugak dapat melalui penerimaan darah.

Dulu pernah member aku citer. Satu pasangan nie. Memang dah buat persiapan nak kawen. Kira memang dah tetap dah tarikh kawen. Kalau orang dah tetap tarikh kawen nie kena buat ujian HIV kan. Lepas tu, diaorang buatlah ujian tu. Bila dapat result, lelaki tu positif HIV. Rupanya, sebelum nie lelaki tu pernah terima darah orang yang ada HIV. Sebelum nie lelaki tu ada kemalangan kat luar negara dan banyak kehilangan darah. Jadi, gunalah tabung darah yang ada dalam hospital tu. Dan yang pasti hospital tu hospital luar negara. Dan melalui darah tu menyebabkan lelaki tu ada HIV. Kesian kan. Last sekali diaorang tak jadi kawen. Sampai sekarang diaorang tak kawen-kawen lagi. Yela, kalau kawen pun susah jugak kan. Tak dapat nak jalani kehidupan normal. Macam novel pulak. Ya Allah, jauhkanlah daripada aku dan kaum keluargaku perkara sebegini. Amin..

Sekian.

Tinggal 72 hari lagi nak kawen. hahhahaha.. excited lebih aku nie.

Wassalam.


Thursday, 30 January 2014

Cinta facebook

Assalamualaikum
Hai. Korang nak tahu tak acaner aku dengan abang besar kenal? Mesti tak tahu kan. Dan aku rasa takde siapa yang nak ambik tahu pun. Aku jer dok gatai nak cerita jugak dalam blog. Ada aku kisah. :-)

Mula macam ini. Ingat lagi lagu TAsha Mashahar dengan Syed Syamir. Lirik macam nie..

Bermula di facebook kau tegur,
Aku tak ambil tahu,
Tak kuasa nak layan,
Aku buat tak tahu

Begitulah mulanya.. Perkenalan di facebook dan tidak dijangka aku boleh decide nak kawen. Aku mulanya kisah tak kisah jer dengan kewujudan abang besar di fb. Dan menganggap dia seperti kawan facebook yang lain. Jika muncul di ruangan chat. Kami akan berchatting seperti kawan biasa. Berbulan jugak kenal. Abang besar mintak nombor fon. Aku taknak bagi. Lepas tu pandai pulak mencipta alasan bagitahu kita boleh jer chat guna facebook lagipun saya selalu online.

Lepas tu boleh pulak aku marah abang besar ckp yang dia menipu aku. Sedangkan itu salah aku sendiri. Beberapa lama kemudian abang besar menyepi. Takdak kabar berita.

Setahun kemudian. Muncul lagi dia di facebook. Rajin komen gambar2 atau status aku. Kami berhubung semula.

Abang besar tak putus asa untuk dapatkan nombor fon aku. Akhirnya,aku bagi. Bermula di situ. Kami semakin rapat.

Berjumpa kali pertama. Pandangan aku. Dia tidak sehensem adi putra atau sekacak remy ishak tetapi ada something yg buat aku tersenyum apabila pandang muka dia buat pertama kali.

Biasa lah lelaki bila first time jumpa. Memang buat sebaik,sesweet,secaring yang mungkin untuk pikat perempuan. Abang besar pun buat macam tu gak.

Keluar dari kereta dah macam orang nak pi interview. Aku pulak t-shirt dengan seluar jeans dan tudung bawal dan selipar 10 rgt. Memang jauh panggang dari api cara penampilan.

Dia cakap dia dah macam drama tv.. Berapa kali tukar baju semata-mata nak jumpa aku. Blind date katakan. hahha.. Sedangkan aku sambil lewa jer.

Dari dating pertama ke dating yg seterusnya dan seterusnya. Sehingga sekarang. Setahun lebih dah. Harap hubungan berkekalan dan permudahkan dalam urusan kahwin. aminnn....

Tak pernah terfikir pun boleh jumpa pasangan di facebook. Dah jodoh.

Nanti kita cerita sal dugaan nak bertunang dan nak kawen pulak.

*kepeningan mencari kasut cinderella.untuk kawen. Nak jugak kasut tu. Nak.jugak.





adios.


Wassalam




Friday, 17 January 2014

Kerang bakar Pantai Remis

Assalamualaikum.

Ini cerita awal bulan yang lepas. Awal bulan ke? Waduh.. lupa sudah bah aku nie. Mungkin sudah tua.
Tajuk memang direct to the point. Memang nak cerita sal kerang bakar pun. Takkan nak cerita sal rumah terbakar pulak.

Tersebut pulak sal rumah terbakar nie. Teringat aku tahun lepas. Wa..macam lama kan tahun lepas sedangkan beberapa minggu yang lalu. Kisah rumah terbakar. Sebelah blok apartment aku nie. Ada satu unit rumah terbakar. Kasihan pulak tengok. Aku tak dapat tengok masa kebakaran tu berlaku. Tapi aku dengar lah bunyi siren bomba tu. Pagi esoknya aku tengok kat rumah tu memang habis dah takde ape. Sampai ke rumah sebelah. Bumbung pun dah takde. Alhamdulillah semua penghuni rumah tu selamat. Punca kejadian disebabkan litar pintas. Jadi nasihat aku. Sesiapa yang selalu keluar rumah tak tutup suis dalam rumah dia. Sila anda ikut nasihat saya. Sila pastikan semua suis dipadamkan kecuali peti sejuk lah. Takut kalau ada litar pintas masa kita takde kat rumah. Langkah berjaga katakan. Tapi malang tak berbau kan.

Ok. stop pasal rumah terbakar. Kita sambung pasal kerang bakar.
Aku yang semacam mengidam terus mengajak abang besar p pantai remis. Pantai remis dengan seafood memang agak popular jugak lebih-lebih lagi dengan kerang bakar. Abang besar jugak lah yang memperkenalkan aku dengan tempat nie.

First,aku rasa memang korang patut datang sini sebab pelbagai jenis seafood ada. Korang pilih jer yang mana korang nak.

Second,kerang bakar dan ikan bakar dia memang sedap. Ada lagi seafood yang lain tapi setakat nie aku baru try yang nie. Satay pun ada.Abang besar kata satay situ sedap. Lain kali lah try.

Third, harga memang berpatutan dan memang berbaloi. Masa first time aku makan. Masa tu aku makan nasi goreng ayam,nasi goreng udang,air sirap limau dua,ikan bakar dua dan kerang bakar dua pinggan kalau tak silap aku 36 ringgit. Kalau tak silap aku lah. Murahkan.

muka orang atas nie muka orang yang tak sabar nak melantak. 

gambar atas tu gambar kerang bakar.satu pinggan tu memang dah boleh dah tiga orang makan. Tapi aku dengan abang besar. Sorang satu pinggan. Korang rasa kami makan ke melantak. hihihihihi.. Masa pinggan kerang bakar dua pinggan tu di letak atas meja kami. Orang meja sebelah dok pandang jer. Mungkin dalam.hatinya berkata. Mamat dengan minah nie makan ke mencekedarah. hahhaha.. Lepas tu boleh pulak aku jawab dalam hati jugak kan. Hatiku.menjawab dua-dua pun boleh. Peduli apa aku. hahahah..

Ok. cukup lah setakat ini aku promote kerang bakar dekat pantai remis tu. Kalau korang rasa macam menyelerakan jer,macam sedap jer. Korang datang lah. Tempat nya korang try cari dekat google map atau guna gps pun boleh.

Selamat mencuba.

Wah. rajin sungguh aku menaip malam ini. Dua entry dalam satu malam. Taip kat phone lagi tu. Terbaik.


Salam sayang.





Muka aku

Assalamualaikum.

Aku nak cerita sikit sal muka aku nie. Yes. stress dengan keadaan muka aku sekarang. Jangan salah sangka. Aku masih ada hidung dan mata. Semua masih lengkap di muka ku. Alhamdulillah.

Tapi. Ketumbuhan segala jerawat di muka membuatkan aku tidak rasa selesa. Rasa rendah diri jer bila tengok orang pandang muka kita. Dulu bukan main bersih dah muka aku. Jerawat dah takde.
Sekarang muncul balik. Mungkin sebab stress dengan kerja atau faktor keadaan sekeliling yang agak.berdebu. Mungkin..

Disebabkan faktor keberjerawatan muka aku. Aku telah mencuba selidik pelbagai jenis produk yang ada di jual di pasaran. Ada orang jual di facebook,instagram,blog dan banyak lagi lah. Aku nie susah sikit nak beli benda online nie. Bukan apa. Satu sebab mungkin aku takut benda yang kita nak tu tak sampai ke kita. Dan satu hal aku tak percaya sangat selain aku tengok dan pegang sendiri produk tu. Tapi aku ada niat jugak beli secara online nie.

Sekarang dah berlambak produk kecantikan org jual. Bermacam jenis ada. Kita ada duit dengan tak jer lagi.

Sesiapa yang ada niat nak beli barang online seperti aku nie. Korang kena kaji betul-betul dulu taw. Jangan sampai tertipu.

Sekian sahaja.

Luahan rasa cik nor.

Sunday, 5 January 2014

Cinta terhalang

                Assalamualaikum

Aku nie pertama kali update blog guna handphone. Pertama kali ok. Aku install application blogger mobile dalam playstore dan aku cuba menaip di handphone yang skrin tak sebesar skrin laptop.
Kalau korang ada cara lain yang boleh senang nak update blog. Dan malas nak bukak laptop. Korang boleh tinggalkan komen di bawah.

Ok. Kita terus kepada tajuk. Cinta terhalang.

Adakah korang pernah mengalami cinta sedemikian. Korang bukan main tangkap cintan lagi dengan bf korang. Alih-alih family korang tak suka dengan pilihan korang. Apa perasaan korang? Apa yang korang nak buat? Jangan fikir nak kawen lari ok. Tak baik macam tu. Apa-apa pun keputusan kita keluarga tetap terutama.

Aku sebenarnya nak meluah apa yang aku rasa sekarang. Ya,aku mengaku. Aku memang dah tangkap cintan dengan abang besar. Sesiapa yang masih tak tahu abang besar. Cuba pandang di sisi blog. Ada terpapar muka abang besar di situ.

Walaupun kami baru kenal setahun lebih tapi kami dah decide nak kawen. Itu aku rasa bukan aku fikir sambil lewa. Aku dah fikir semasak-masaknya. Tetapi bila aku utarakan kepada family aku berkenaan dengan cadangan aku. Family aku agak terkejut. Mereka tidak menyangka sama sekali yang aku akan membuat keputusan demikian. Mereka menganggap biar aku bekerja dahulu.

Aku tidak tahu pekerjaan apa yang mereka inginkan. Sebab sekarang aku memang sudah bekerja. Malahan aku adalah orang bertuah kerana sebelum konvo aku sudah mempunyai pekerjaan. Aku bersyukur.

Selain alasan tersebut. Mereka juga memberi alasan yang pilihan yang hendak aku kahwini ini adalah orang jauh. Ya,memang aku akui. Aku orang sarawak. Dan abang besar orang selangor. Terpaksa melalui laut cina selatan untuk sampai. Bagi aku. alasan tersebut pada zaman sekarang sudah tidak boleh dipakai. Sekarang zaman serba canggih. Segala macam ada. Kita hendak dengan tak je lagi. Kalau nak naik kapal terbang. Air asia selalu jer buat promosi. Bila-bila masa kita boleh naik.

Dan banyak lagi alasan yang mereka bagi apabila aku mengutarakan hasrat aku untuk berkahwin.
Adakah salah kita nak membina masjid? Adakah salah kita nak mengelakkan dosa? Adakah patut kita menangguhkan perkara yang boleh mendatangkan pahala?

Fikiran orang lain-lain. Jadi peranan aku untuk menerangkan kepada mereka segala baik dan buruk.

Segala keputusan di tangan aku. Jika aku dah membuat keputusan itu. Aku kena yakin dan percaya yang Allah sentiasa ada untukku.

Sekian.

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...