Saturday, 31 December 2016

Good Bye 2016, Welcome 2017

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik 2016 dah sampai penghujungnya. Masa semakin cepat berputar, kita sebagai manusia nie jer selalu leka dengan duniawi. Emmm... aku kata kat diri sendiri tak kata kat orang eh...

Back to the point, apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2016 nie? Nothing big happen buat aku. Cuma bersyukur sangat dengan kurniaan Allah dengan kehadiran Tisya dalam hidup kami suami isteri. Tup tup dah setahun dah dia. Boleh la nak fikir pasal adik Tisya pulak... eh2...... hihi..

Aku saja nak flashback balik sepanjang tahun 2016 nie. Sebab kekadang aku nie suka nak memory lost. Entahlah.. mungkin sudah semakin tua. Jadi dengan blog nie la medium aku untuk ingat balik segala apa yang pernah jadi dalam hidup aku. Sebab utama aku tulis blog adalah untuk mengembalikan ingatan. hihihi....




  • January
Awal-awal tahun 2016, aku masih dalam mood pantang lagi. Yelah.. Tisya lahir bulan 12 tahun 2015, dapat cuti berpantang pun 2 bulan. Beri lah masa sepenuhnya dengan dia sebelum masuk kerja balik. Memang mencabar bagi aku sebab first baby kan. Macam-macam nak kena belajar. Nasib baik ada mak mertua yang baik tolong aku banyak sangat seperti uruskan Tisya dan diri aku sendiri nie ha.. Alhamdulillah.. walaupun aku takda mak tapi dengan ada nya mak mertua yang aku anggap macam mak sendiri nie aku bersyukur sangat. 

Dalam masa pantang tu jugak, kami buat kenduri akikah untuk Tisya. Sekali kan dengan kenduri bertunang adik ipar aku masa tu. Tisya masa tu baik sangat tak meragam pun orang pegang-pegang kepala dia. Orang pegang kepala sebab nak potong rambut dia kan. Tidur pun tak, dia senyap ajer dengar orang berselawat. Baiknya lah anak.



Lepas habis pantang, mula dah masuk kerja balik. Pasal kerja tak payah cerita lah dak.. Kalau nak cerita banyak sangat benda berlaku. Dah nama nya kerja mana boleh habis.


  • February
Kami anak beranak pergi Bidor, melawat family angkat suami aku. Kira sesi memperkenalkan Tisya dengan diaorang. Masa datang aku rasa sedih tengok rumah, sunyi ajer sebab mak angkat dah meninggal tak sempat dia tengok cucu angkat dia nie. Tenanglah mak di sana. Nor dan Ejam rindu mak. Al-fatihah. Balik dari Bidor sempat jugak tidur hotel dekat Sungai Siput sebab suami mengidam nak makan lobster dari aku mengandung lagi sampai anak dah keluar. Suami aku mengidam ye, bukan aku. 





  • March

Aku dan suami bawak Tisya balik kampung, Sarawak. Dan for the first time Tisya naik kapal terbang dan for the first time jugak bagi kami suami isteri bawak baby naik flight. Kalau nak tahu cerita boleh baca kat sini Tisya Naik Flight . 


  • May

Family in law aku bertambah lagi orang baru. Kakak ipar aku beranak, dapat baby perempuan. Ada kawan dengan Tisya. Lahir ajer baby Raisha, Tisya dah macam kakak-kakak sangat. Makin meriah la rumah dengan dua orang cucu.

Noor Raisha Zulaikha

Tisya & Raisha
Nur Raihanis Batrisya & Noor Raisha Zulaikha
  • June

Puasa pun menjelma, dan ini adalah puasa pertama bagi aku sebagai seorang ibu dan breastfeed baby. Memang mencabar jugak la sebab sentiasa lapar dan haus. Alhamdulillah, susu sentiasa ada sepanjang bulan puasa walaupun sebelum tu pernah merudum jugak susu. Boleh singgah baca di sini My breastfeeding journey kalau nak tahu lebih lanjut. Banyak maklumat aku share buat ibu-ibu dan bakal ibu yang bercita cita nak fully breastfeed baby.

  • July

Bulan 7 pulak kita dah sambut hari raya. Dan pertama kali jugak Tisya balik kampung beraya di Sarawak dan kali kedua tisya naik flight. Kali nie tak banyak karenah dia naik flight mungkin dia dah besar dah 7 bulan masa nie. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal raya pertama tisya boleh baca dekat link nie Raya Pertama Tisya .




  • August

Mak Lang Tisya kawen. Adik ipar aku yang bertunang masa bulan 1 yang masa Tisya buat kenduri akikah sekali tu yang kawen. Sibuk la satu family untuk urus kawen Mak Lang Tisya nie. Makin bertambah meriah la keluarga Wak Bakar dengan cucu dua orang dan menantu dah bertambah jadi 3 orang. Menantu pulak datangnya dari negeri-negeri di Malaysia. Menantu Kelantan, Menantu Sarawak dan Menantu Penang. Lepas nie menantu negeri mana pulak ya.. hihi...



  • September
My bestfriend kawen, Pina. Kawan dari kecik sampai sekarang. Dalam 9 orang tu, dia kira orang kedua yang kawen selepas aku. Tapi yang paling sedih, aku tak boleh join. Biasa la kita hidup jauh dari kampung halaman. Hanya mampu tengok facebook, menangis dari jauh tak dapat join ber hu ha sekali.



  • October
Awal bulan 10, kami bertiga beranak sempat la holiday ke Cameron Highland. Tukar angin sikit, sebelum nie tengok pantai ajer kan. Pergi la merasa tempat sejuk sikit. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal story kat Cameron aku ada cerita dekat blog boleh baca kat sini Bercuti ke Cameron Highland



Hujung bulan 10, aku dan family in law ke Penang pulak. Kiranya majlis sebelah lelaki Mak Lang Tisya nie. Jadi berombongan lah kami satu family ke Penang. Tak banyak jalan pun sebab musim hujan time tu. Sempat pergi shopping Jeruk Pak Ali jer kat sana.



  • November
Kami ke Mersing untuk kenduri lagi. Kali nie cousin suami aku kawen. Ke Mersing pun kami tak banyak jalan. Yelah, pergi kenduri kawen kan. Jadi masa terhad la. Masa banyak habis dekat rumah orang kenduri la kan. Nama pun datang kenduri. hihihi...


  • December
Penghujung tahun nie, banyak sangat aktiviti dan kebanyakkan datang kenduri kawen orang. Jadi, korang boleh simpulkan yang 2016 penuh dengan kenduri. hihi.. Mula sekali kenduri my bestfriend jugak, Nurul namanya. Dia nie kira orang ke tiga kawen selepas aku dan Pina. Dan bestnya, aku boleh join sekali. Dengan Tisya sekali jadi bridesmaid. Berkesempatan jugak jumpa kaum keluarga kat Sarawak. Jadi nya dalam setahun nie, Tisya 3 kali naik flight. Ibunya bila dapat balik Sarawak seronok tak terkira lah kan. hihi.. Habis kenduri bestfriend kat Sarawak. Kenduri cousin suami pulak kat kampung. Sambut jugak birthday si kecik Tisya nie... sambut kecik2 jer makan2 untuk family. Nak buat besaran sambut, Tisya bukan tahu apa pun. Tiup lilin pun terpecik air liur.. hihi..

Majlis Nurul
.
.
.
v







Sambut birthday Tisya kat Sarawak sekali dengan abg luqman


Sambut birthday Tisya kat Selangor


Kek birthday Tisya kat Sarawak sekali dengan belated birthday Lukman, Ulang tahun Pak Anjang & Mak Anjang Tisya dan sekali dengan congratulation convocation Pak Ngah Tisya.

Kek birthday kat Selangor
Kesimpulan yang aku boleh cakap untuk 2016 adalah penuh dengan kenduri. hihihi.. Dan alhamdulillah dengan segala rahmat yang Allah bagi. Bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang selepas banyak peristiwa sedih yang berlaku dalam hidup aku. Korang tahu kan selepas banyak kehilangan yang aku lalui dan jika nak di bandingkan dengan kehidupan sekarang memang terasa bersyukur sangat. Nikmat Allah yang mana lagi yang hendak aku dustakan. 

Semoga dengan kehadiran 2017 nanti memberi lagi sinar yang baru buat aku dan keluargaku. Semoga murah rezeki dan bahagia selamanya.


Happy Ending.


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...