Monday, 12 November 2012

PJJ - Perhubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum.


Sudah sangat lama diriku ini tidak mengupdatekan diri di blog ini. Apakah yang sudah berlaku kepada diriku.  Sebenarnya tiada apa-apa pun yang berlaku cuma sibuk sebagai pelajar final year di Universiti. Ces,, alasan bajet student lah sangat.. FB je lebih sebenarnya.

Anda sudah sedia maklum apa yang ingin kuceritakan. Jika anda sudah membaca tajuknya mesti anda sudah mengetahuinya. Ya, aku ingin menceritakan tentang hubungan cinta jarak jauh berdasarkan pengalaman diriku sendiri dan pengalaman kawan-kawanku. Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) atau Long Distance Relationship (LDR) adalah perhubungan di antara dua insan yang sedang bercinta tetapi jarak telah memisahkan mereka. Contohnya, Si A jatuh cinta dekat Si B, tetapi Si A di utara tanah air manakala Si B di selatan tanah air. Macam mana nak mengekalkan hubungan itu. Kejap lagi aku bagi tips. Aku cerita base on pengalaman aku dulu.

Dulu.. tapi tak berapa dulu sangat lah. Aku pernah bercinta macam nie. Kenal dengan mamat tu melalui kawan aku sendiri. Dia bagi nombor, then aku pun layankan aje. Lama-lama layan tu hati pulak melekat. Setelah dua tahun menjalin kasih (cewah...) akhirnya, mamat itu mula beralih arah. Jika sebelum ini dia rajin texting and call selepas dua tahun dia mula menjauh (ayat nak sastera je kan...). Apabila diselidik dengan bantuan Private Investigator (PI) akhirnya, aku mengetahui yang mamat itu telah menduakan aku. Alangkah sedihnya hati ini tetapi jauh di sudut hatiku, aku amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana ALLAH telah menunjukkan sikap sebenar mamat tersebut. Jadi, aku tidak perlu lah membuang masa dengan mamat macam tu. Ye dak?

Setelah sekian lama menyendiri. Lama tak lama sangatlah. Aku mula bertemu dengan orang yang aku rasa memang dia adalah Heroku, Penyelamatku, Temanku, Penglipur laraku dan insya ALLAH imamku. Aku boleh merasakan perbezaan sayang antara orang yang betul-betul sayang aku dan pura-pura sayang aku sekarang setelah dapat pengalaman pahit sebelum ini. Keyakinan ini amat tinggi bagiku. Tetapi, hubungan kedua ini juga adalah hubungan PJJ jugak. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, aku telah mengaplikasikan pelbagai tips untuk mengekalkan hubungan PJJ ini. Antara tipsnya adalah:

1) kepercayaan

percayalah.... kepercayaan sangat penting dalam hubungan macam ini. Apabila kedua-dua percaya antara satu sama lain hubungan itu akan lebih manis seperti coklat dan berjalan dengan lancar. Tetapi, ada tapinye, jangan terlalu percaya 100% sebab tak semua manusia sempurna kan mesti ada buat silap. Jadi perasaan curiga itu kena ada, kalau ada perasaan curiga itu terhadap pasangan kita, jangan melulu serang pasangan. Tanya dengan elok. Kita boleh bincang....... 


2) Bertolak ansur

Apabila berjauhan ini, macam-macam masalah boleh muncul. Kita akan dengar macam-macam yang tak elok jadi sikap tolak ansur itu perlu dalam diri. Jika sorang tengah berapi, sorang pulak jadi air untuk sejukkan nya. Jika sorang tengah panas, sorang pulak jadi peti ais untuk menyejukkannya. Apa yang penting kesabaran dan bincang secara baik itu penting. 

3) Saling berhubung

Part ini adalah perkara paling penting dalam hubungan macam ini. yela.. dah jauh kan. berhubung melalui alam maya adalah cara yang paling sesuai. Sekarang sangat senang untuk berhubung, kira dah takde alasan untuk pasangan itu untuk tidak contact antara satu sama lain sebab sekarang ada facebook,skype, YM, dan banyak lagi yang boleh mengeratkan hubungan. Nak dan Tak nak je lagi. Kena selalu tanye pasangan buat ape? makan ke belum? jadi tak lah hubungan itu hambar je kan.

4) Mesti ingat tarikh-tarikh penting

Tarikh-tarikh penting yang aku maksudkan di sini adalah tarikh penting antara korang dan pasangan korang. Contohnya, macam aku.. kena ingat tarikh bila aku start mesej dengan encik cinta,tarikh kita orang mula jumpa, tarikh kita orang start, tarikh birthday die, dan tarikh birthday aku. (yela.. kadang-kadang birthday aku sendiri pun aku lupa)..hihihi.. Dengan mengingati tarikh ini hubungan itu akan lebih sweet dan penuh bermakna.

5) Restu

sedutan dialog Ibu Mertuaku .." siapa dia? majistret?doktor?"... korang nak ibu mertua macam ini. Mesti tak nak kan... Jadi, hubungan yang ada restu kaum keluarga itu penting. Lainlah kalau sekadar hubungan yang main-main. Aku taknak hubungan main-main macam itu. Biar family kite dan family pasangan tahu berkenaan hubungan kita nie jadi adalah keberkatannya. ( dilema aku sekarang.. sedang cuba untuk menerangkan kepada family hubunganku ini)

6) kejujuran.

Jujurlah padaku... jika kau tak lagi cinta. Dalam hubungan ini tak kira lah jarak jauh ke jarak dekat ke kejujuran itu penting. Kalau pasangan kita dah betul-betul serius dengan kite dan dah buat segala perkara yang di atas, diri kita pulak yang kena jujur dengan hubungan ini. Dalam setiap hubungan ini kena ada give and take. Jika ada semua perkara ini, insya Allah hubungan itu akan kekal sampai akhir hayat.





Kelebihan hubungan PJJ ini adalah:

Pertama, jimat duit. Kite tak perlu bazir banyak duit untuk keluar sama-sama. Yela, kalau dah dekat mesti nak keluar selalu kan. Jadi banyaklah duit dibazirkan.

Kedua, saling rindu merindui. Perhubungan akan lebih manis apabila ada perasaan rindu. 

Ketiga, menguji sejauh mana kesabaran kita. kesabaran kita apabila hendak bertemu, kesabaran kita jika ada masalah. jadi, hubungan PJJ ini mengajar kita untuk lebih bersabar.


Kekurangan hubungan PJJ ini adalah:

Pertama, opkoz lah susah nak jumpa.
Kedua, perasaan curiga yang tinggi..
malas nak cerita kekurangan ini banyak-banyak nanti sedih.. huhuhu..

Sampai di sini sahaja entry kali ini..
Akhirnya.. akhirnya.. ter update gak blog.. weiiihuuuuu....

harap enjoy bila baca. maafkan saya jika ada kekurangan.

wassalam.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...