Monday, 14 March 2016

Baby kuning @ Jaundis

Assalamualaikum

Hai kengkawan. Hari nie kita nak cerita pasal baby kuning atau jaundis pulak. Normal la blogger picisan macam aku nie. Sebelum kawen masa study cerita banyak pasal study pasal kengkawan. Lepas kawen cerita pasal kawen jiwang2 part. Lepas ada anak cerita pasal anak pulak. Its ok. Yang penting i'm happy person. Jeeyaahhh...

Berbalik kepada topik kita. Jaundis atau baby kuning, bagaimanakah ia terjadi?

Jaundis berlaku disebabkan biliburin terlalu banyak. Biliburin adalah toksik yang terhasil dari darah merah yang kehilangan oksigen iaitu berwarna oren atau kuning. Sel darah merah kerjanya mengangkut oksigen ke setiap bahagian badan kita. Setiap sel dalam badan termasuk sel darah merah akan mati dalam beberapa hari. Sel yang mati akan menjadi biliburin. Biliburin di proses dan di buang menjadi najis.

Jika najis baby warna gelap, itu bermaksud hati baby berfungsi dengan baik. Sama jugak dengan orang dewasa. Najis orang dewasa berwarna gelap itu menandakan biliburin. Masa dalam rahim ibu, biliburin dimusnahkan oleh hati ibu jadi nothing worry about that. Apabila baby dilahirkan hati baby sendiri kena bekerja untuk musnahkan biliburin tersebut. But, the problem is hati baby tak berapa matang atau tak berapa kuat, jadi hati tak boleh proses sendiri biliburin. Hal ini menyebabkan bacaan jaundis tinggi.

Baby Tisya hari tu, masa keluar dari perut dah berak. Warna hitam najis nya. Melekat kat tangan ibu sampai nurse tolong cucikan. Apabila dekat ward, nurse tanya baby dah berak ke belum dengan yakin nya ibu menjawab. Keluar2 dah berak nurse. Sebab nurse nak pantau baby berak ke tak sebab nak tahu fungsi hati baby nie la dan kalau baby tak berak terpaksa la berlama-lama kat hospital sebab nak tunggu baby berak saja punya pasal. hihi...

Dan, baby Tisya hari tu masa dekat hospital memang tak nampak kuningnya. Dah hari ketiga masa balik kat rumah baru nampak. Nurse datang kat rumah check tapi just nampak bahagian mata dan muka saja. Dan terus keesokkan harinya nurse suruh pergi klinik untuk ambik darah nak check bacaan jaundisnya.

Bagaimana nak tahu bacaan jaundis?

1) mg/dL 
atau
2) umol/l

just darab 17 sahaja untuk bezakan dua jenis bacaan nie. Contohnya 5mg/dL = 85umol/l. Kebanyakkan klinik dekat semenanjung guna bacaan umol/l. Kalau klinik dekat sarawak guna bacaan mg/dL. Hari tu mak cik aku kat sarawak bukan main risau lagi kuning Tisya sampai beratus ratus sebab kalau kat sana dah tahap kritikal tu.
  • Bacaan normal jaundis - 5mg/dL @ 85umol/l
  • Bacaan sederhana jaundis - lebih 5mg/dL @ 100 umol/l (pantau check darah di klinik saja)
  • Bacaan tinggi jaundis - 21mg/l @ 395 umol/l (rawatan fototerapi di hospital)
  • Bacaan sangat tinggi - 28mg/l @ 428 umol/l (risiko pindah darah)
Masa nurse datang rumah dia tahu Tisya ada kuning apabila dia tekan2 bahagian dahi dan dada Tisya. Dia tengok mata Tisya pun ada kuning sikit kat bahagian tepi. Dia bagitahu kuning Tisya tak tinggi tapi kena pergi klinik untuk ambil darah nak tahu bacaan tepatnya. Jika kita nak tahu kuning anak kita kalau kita kat rumah, boleh refer kat sini.
  • Kepala dan leher ~ 4-8mg/dL @ 68 - 136 umol/l
  • Bahagian dada atas ~ 5-12mg/dL @ 85 - 204 umol/
  • Bahagian dada bawah, perut & peha ~ 8-16mg/dL @ 136 - 272 umol/l
  • Tangan dan betis ke bawah ~ 11 - 18 mg/dL @ 187 - 306 umol/l
  • Tapak tangan & tapak kaki ~ > 18 mg/dL @ > 306 umol/l
Selepas ajer nurse bagitau Tisya kuning. Bermula 17/12/2015 adalah hari Tisya ulang alik ke klinik. Bertabah sahaja bagi ibu2 yang mempunyai anak kuning. Dengan diri sendiri yang tak berapa sihat nak kena bawak anak pergi hospital. Aku rileks saja dengan kain batik berjalan jalan di klinik seolah olah klinik itu shopping complex di buatnya. Tapi jalannya slow nak mampus la, giler ko nak jalan laju. Sakit kot.. Nasib baik ada ramai adik ipar yang tolong bawakkan Tisya. Masa mula2 tu kesian jugak la tengok Tisya kena cucuk kat kaki masa nak ambik darah tu. Nasib baik Tisya nie jenis nangis tak lama. Nangis masa kena cucuk tu ja. Lepas tu rileks ja tidur balik macam takda apa2 berlaku. Rekod kuning Tisya seperti di bawah:
  • 16/12/2015 - nurse perasaan ada kuning di bahagian dada dan mata Tisya ( 4days old )
  • 17/12/2015 - 153.2 umol/l (5 days old )
  • 18/12/2015 - 183 umol/l ( 6 days old )
  • 22/12/2015 - 168 umol/l ( 10 days old )
  • 28/12/2015 - 160 umol/l ( 16 days old )
  • 4/1/2016 - 182 umol/l (24 days old )  
Then, Tisya pun kena refer dekat Klinik Pakar dekat Hospital dan di sahkan prolonged jaundice. Masa kuning Tisya mencapai 160 umol/l, aku berdoa supaya turun ke 150umol/l sebab kalau dah turun ke 150 umol/l Tisya dah tak perlu ulang alik ke klinik lagi dah. Tak tahu pulak kuning naik pulak. 

Apa itu prolonged jaundice @ jaundis lama?

Bagi bayi yang cukup bulan, sekiranya bacaan kuning masih melebihi 5mg/dL @ 85 umol/l selepas 14 hari dilahirkan, baby dikatakan prolong jaundice. Bagi bayi yang tak cukup bulan pula, sekiranya bacaan kuning masih melebihi 5mg/dl @ 85 umol/l selepas 21 hari, baby dikatakan prolong jaundice.
Doktor akan menasihatkan untuk test darah dan air kencing untuk mengetahui fungsi hati baby tersebut.

Masa kat klinik pakar hari tu, Tisya kena cucuk  kat tangan. Nasib baik aku tak tengok cuma menyerah saja anak dengan nurse tu. Dekat luar aku dengar tangisan Tisya. Allahu rabbi, luluh hati ibu mendengar tangisanmu anak. Aku tengok banyak jugak la darah di ambik. Dengan jarum yang panjang tu cucuk tangan baby yang kecik. Fuh.. tak nak kenang lagi dah..

Lepas sesi cucuk ambik darah dan air kencing selesai, beberapa minggu lepas tu dapat result dan kuning Tisya di tahap normal dan tak perlu dirisaukan lagi. Selagi susu ibu masih di beri dan itu lah the power of susu ibu. ceeyah.. 

Bagaimanakah cara mengatasi baby kuning @ jaundis ?
  1. Berikan susu ibu sekerap mungkin untuk menggalakkan baby buang air besar dan menyingkirkan biliburin.
  2. Ibu perlu banyak makan kurma dan madu sepanjang tempoh menyusu.
  3. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi.
  4. Elakkan menjemur bayi. Jika mahu menjemur, jemur pada awal dhuha ketika jam 8.30 am - 9.30 am.
  5. Beri hisapan madu.
  6. Buat urutan lembut di atas kening bayi sambil selawat atau tasbih paling kurang 7 kali setiap kali. Ini dapat membantu mengelakkan kuning naik ke kepala.
Tips di atas adalah sebahagian sahaja yang aku tahu dan aku google. Dan banyak lagi cara mengatasi kuning baby di dalam internet. Ada jugak yang cara mengelakkan baby kuning semenjak dari dalam perut lagi dan boleh di amalkan sepanjang ibu mengandung. Dan perlu di ingat kita hanya mampu ikhtiar yang selebihnya kerja Allah s.w.t.

Dalam banyak cara di atas, aku hanya amalkan bagi susu ibu saja untuk Tisya. Memang sekerap mungkin aku bagi. Kalau Tisya tidur lama sangat aku kejutkan untuk dia menyusu. Lepas tu setiap pagi mak mertua aku jemur Tisya tapi bukan jemur terus ke matahari tu. Dia bawak Tisya jenjalan kat laman rumah ambek udara pagi atau duduk2 kat beranda rumah. Dalam beberapa minit macam tu bawak la masuk rumah balik. Mak mertua aku jugak mengelakkan dari pakaikan Tisya baju warna kuning. Takut kuning naik, yang itu aku tak pasti kesahihan nya macam mana. Nenek aku kat kampung pulak sarankan aku mandikan Tisya dengan air 100 plus sehingga kuning Tisya hilang. Kaya betol nak mandi guna air 100 plus, yang nie memang aku tak ikut. 

Last tip, kesabaran ibu perlu di letakkan di tahap yang paling tinggi masa nie. Kalau ibu tak sabar karang ibu pulak yang sakit. Sakit meroyan.. nauzubillahiminzalik...

Kebanyakkan info dalam nie, aku google dan dapat dari blog2 ibu di seluruh Malaysia. Kalau ada tersalah info tolong betolkan ya. Terima kasih pak cik google.


Happy reading kengkawan.

Sekadar berkongsi.
Kite dah takde kuning dan boleh pakai baju kuning.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...