Saturday 14 March 2015

Wanita Tanpa Lesen Memandu

Assalamualaikum

Bestnya ada line tenet kat rumah. Membuatkan aku rajin untuk update blog. Rajin sesangat dibuatnya. Minggu nie 3 hari ajer aku bekerja. Hari nie Sabtu sepatutnya kerja tapi manager suruh rehat kat rumah sebab kalau duduk office takde keje jugak nak buat dan memandangkan bos pun pergi company trip dengan yang lain. Syok jugak la duduk rumah jadi suri rumah tapi bosan sebab encik suami kerja pulak. Ahad pun dia terpaksa kerja.

Aku mengaku di umur aku 26 tahun nie, aku masih tidak boleh memandu dan takde apa2 lesen pun waima lesen kereta, motosikal atau basikal. hihi.. Sangat memalukan tak di zaman serba moden nie wanita bekerjaya seperti aku takde lesen memandu. Aku rasa amat memalukan. Dan yang penting menyusahkan.

Bekerja satu office dengan encik suami. Jadi, aku tak perlu nak fikir pasal kenderaan sebab encik suami adalah driver yang loyal. Pernah jugak cuba-cuba bawak kereta dan encik suami kat sebelah. Menangis dia kat sebelah takut giler. Ala.. kereta auto kot. Aku jadi syok pulak nak bawak kereta pusing pusing stereng. Kadang-kadang tu encik suami selalu suruh aku start engine kereta dan bukak aircond dulu. Imigine la tempat duduk pemandu tu sambil pusing pusing stereng. Minat nak bawak tu ada tapi ketakutan masih menguasai diri. 

Paling tak best adalah bila bekerja pada hari sabtu. Aku sepatutnya half day hari sabtu dan encik suami kerja full day, terpaksa aku menunggu sampai full day. Melangut dekat office takde buat apa sambil tunggu encik suami habiskan kerja dia. Memang tak best. Selalu berangan kalau aku boleh bawak kereta aku nak jenjalan hari sabtu sambil encik suami habis kerja. Lepas tu datang office boleh pick up encik suami balik rumah.

Paling best adalah aku selalu berkepit dengan encik suami. Pergi mana-mana dengan encik suami. Yela.. dah kita tak boleh bawak kereta terpaksa la ajak encik suami bila nak ke mana-mana. Encik suami terpaksa la ikut dan sekaligus kita pun boleh bekerjasama dalam hidup suami isteri. Senang cerita suami boleh tolong isteri pergi beli barang dapur. Takde alasan untuk encik suami tak boleh nak bantu isteri.

Kalau aku nak ambik lesen nanti, aku nak ambik lesen kereta ajer. Tak nak la nak ambik motosikal. Ngeri ooi.. berapa kali dan excident dengan motosikal. Jadi pembonceng ajer pun tapi excident banyak kali. Ok.. nak cerita sikit sebab aku trauma dengan motosikal. Cerita pertama, masa tu aku form 4. Kira kira nak belajar bawak motosikal jadi ajak member nama mimi bawak motosikal pusing kampung. Mimi dah pandai dah bawak motosikal. Aku dengan confident duduk depan, masa bawak tu.. uuii.. bestnye la.. lepas tu, mimi cakap.. "nor, masuk simpang." 
Masuk simpang. Ah sudah.. macam mana nak masuk simpang.. macam mana nak pusing benda alah nie. Mimi cakap "nor tekan break!!" 
"Mana break!!!" uarghhhhhh.. belajar terus praktikal. Teori tak tahu. Sudahnya aku dan mimi jatuh sebelah lori sampah dan nak dijadikan cerita lori sampah dekat dengan simpang. Tak guna betul simpang dan lori sampah itu.

Cerita kedua, masa tu zaman belajar dekat U. Ada program bakti siswa di Lenggong, Perak. Kira program anak angkat macam tu. Satu hari tu lepas mandi sungai, kami di ajak buat lawatan kat rumah orang tua yang paling berumur di kampung tu. Umurnya sekitar 100 lebih. Rumah dia agak jauh dari kampung tempat kami buat program. Jadi kami terpaksa menggunakan motosikal untuk ke rumah tersebut. Aku membonceng dengan Una. Motosikal itu pulak tertanggal satu side mirror. Rumah orang tu pulak berbukit bukit. Nak dijadikan cerita,  masa nak naik bukit break tak masuk kalau tak silap aku. Terus kami jatuh dengan motosikalnya dan berguling-guling macam cerita hindustan. Kaki tangan berdarah tapi nasib baik muka takde apa sebab selamatkan muka dulu dari cium jalan.

Cerita ketiga, masa praktikal. Aku bonceng motosikal member untuk pergi makan tengah hari. Masa keluar tak hujan lagi. Bila sampai pertengahan jalan hujan turun renyai. Sudahnya, member aku tak dapat nak kawal motosikal sebab jalan licin. Kami pun jatuh tersembam. Kali nie aku tak boleh nak selamatkan muka aku. Dagu telah mencium jalan dulu. Baru terkena tangan dan kaki. Sampai sekarang masih parut di dagu tapi tak nampak sangat.

Begitu la tiga cerita yang membuatkan aku trauma dengan motosikal. Tapi malang tak berbau kan?

Doakan aku ye kengkawan supaya di beri kekuatan untuk ambik lesen memandu dan boleh la jenjalan dan drive kereta sendiri. Tapi sebenarnya, aku lebih suka duduk seperti lady bos dengan ada pemandu di sebelah. Tak payah sesak otak nak fikir dengan jalan jammed dan mencelah situ sini.

Sekian sahaja cerita aku hari.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Muka orang takde lesen. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...