Wednesday 20 July 2016

My Breastfeeding Journey

Assalamualaikum

Hai, korang! Amacam hari nie? Ada baik? Musim hujan sekarang, harap korang hati2, jaga diri & jaga family.

Aku nak share sikit pasal breastfeeding journey aku sepanjang tisya dah 7 bulan nie. Tabah kena banyak sangat bertabah. Lebih2 lagi kita nie first experience ada anak. Banyak benda tak tahu. Tapi tetap jugak nak realisasikan impian nak fully breastfeed tisya sampai umur 2 tahun. Sebelum beranak lagi aku dah cari info pasal breastfeeding nie. Macam-macam la aku dapat. Dari cara nak banyakkan susu, cara nak simpan susu, cara nak bagi susu dekat pengasuh dan banyak macam lagi la. Korang yang nak tahu tu, korang just google saja. Macam2 akan keluar. Terserah kepada kita saja nak ikut ke tak.

Tapi aku nie takda la sampai taksub sangat dengan breastfeeding nie. Bergantung kepada rezeki anak kita. Kalau tak cukup dua tahun nak breastfeed tisya takpa. Sekurangnya sekarang tisya dah makan solid food. Dia dah dapat khasiat dari pemakanan dia. Kerja kita sebagai ibu nak bagi anak kita makan apa.

Aku bukan apa, ada sesetengah ibu2 yang taksub sangat dengan breasfeeding nie. Sampai ada tak bagi anak makan sedangkan anaknya dah umur setahun lebih. Just bagi susu ibu. Kesian sangat kat anaknya. Mesti dia lapar. Sedangkan doktor pun sarankan baby 6 bulan ke atas dah boleh makan solid food. Kalau dah setahun lebih tak makan lagi macam mana la keadaan anaknya nanti. Tak boleh nak bayangkan. Harap ibu2 nie dapat kesedaran la nanti.

Sepanjang menyusu tisya nie, aku bukan nya macam ibu2 yang lain. Yang sentiasa ada ajer susu. Meriah dengan susu. Yelah, langit tak selalu cerah. ehhh... masa umur tisya 3 bulan kalau tak silap. Susu aku merudum. Sebab masa tu aku demam tak larat nak buat apa. Sebab itu susu aku tak banyak. Kita nie bila menyusu kena selalu pam, kena selalu bagi anak kita susu baru la susu kita meriah. Tapi aku sebab demam, aku tak buat semua tu. Kesian kat tisya sampai kurang susu. Guna semua stock susu dalam freezer. Bila aku dah baik dari demam. Stock susu aku kurang dan tak dapat nak bagi dengan pengasuh. Susu aku pam2 pulak tak keluar. Jadi, terpaksa aku beli susu formula utk tambahan bagi susu ibu yang tak cukup tu. Tisya pulak jenis yang kuat nyusu. Sekali hantar kat pengasuh kena 4 botol yang 5 aunz tu.. belum lagi dia nyot nyot malam2. Jadi, takkan aku gila biar anak aku berlapar kat rumah pengasuh di sebabkan prinsip aku tadi tak nak bagi susu formula. Itu dah nak bunuh anak namanya. Nauzubillah.. Nasib baik aku tak taksub lagi macam tu.

Dulu, susu merudum.
Jadi dalam 2 bulan jugak la tisya menyusu susu ibu dan susu formula. Buat pengetahuan ibu2 sekalian. Bukan kita campur ye susu ibu + susu formula dalam satu botol. NO!! Jangan buat sama sekali macam tu. Korang bagi la susu ibu dulu bagi habis. Dah habis semua susu ibu tu kalau baby nak susu lagi baru lah korang bagi susu formula. Ada sesetengah baby dia memilih jugak jenis susu formula nie. Macam tisya hari tu, mula2 percubaan pertama dia adalah susu Anmum. Sebab aku fikir dari dalam perut lagi dah tisya minum susu Anmum. Dan alhamdulillah, tisya terima. Tapi tahu la Anmum harganya mahal. Lastly, aku tukar Lactogen tapi tisya tak suka. Warna najis lain macam. Aku pulak sedaya upaya kumpul stock susu balik. Bersyukur jugak sebab kakak ipar aku beranak masa bulan 5 tu. Jadi susu dia meriah dan boleh lah bagi tisya. Dan akhirnya, aku pun berjaya kumpul susu dan alhamdulillah sekarang tisya dah fully minum susu ibu semula.

Sekarang, sekali pam kiri dan kanan.
Aku faham perasaan ibu-ibu yang bagi susu formula untuk anak-anaknya. Memang terasa sangat dari segi kos. Aku yang baru  beli 2 kotak susu formula tu pun dah berasa mahalnya. Apatah lagi ibu-ibu di luar sana yang nak kena beli 4 kotak untuk sebulan. Untuk susu saja dah beratus habis kat situ. Belum lagi barang lain. Jangan la ibu2 sekalian yang kengkonon fully breastfeed baby tu nak kondem ibu2 lain yang bagi susu formula untuk anak2 diaorang. Matlamat kita sama jer, nak bagi anak kita sihat. Please stop la korang nak kondem mengondem orang lain. Kita tak tahu masalah orang. Apa ingat anak di bagi susu formula tu tak pandai ker? Ada jer yang jadi ustaz, ustazah, doktor, pensyarah semua.

Sebagai ibu yang bekerjaya nie. Beg pam adalah beg bimbit aku. Setiap kali pergi kerja, beg pam itu yang akan aku bawak. Aku dah try pam manual dan pam automatik (elektrik) dan aku rasa aku lebih sesuai dengan pam manual. Lebih banyak susu yang keluar. Atau mungkin aku nie tak pandai nak adjust pam auto tu or pam auto tu memang bermasalah. Tapi aku memang senang dengan pam manual. Setakat nie ada 2 jenis pam manual yang aku ada. Satu jenama Anakku, satu jenama Lovi. Yang pam auto tu jenama Malish aku dah simpan sebagai kenangan.

Pam kesayanganku. Jenama Lovi takde pulak dalam google.

Yang nie sudah menjadi kenangan. Simpan mana tahu boleh pakai kalau emergency

Milkbooster yang aku makan dan serasi dengan aku adalah Mamom. Selain tu, aku minum horlick suam or barli suam. Enam bulan sebelum tu memang aku pantang minum minuman berais or sejuk. Tapi sekarang tak lagi dah. Kira dah langgar pantang lah aku nie. Tak tahan punya pasal masa puasa hari tu. Melantak la minum sejuk. Last2 diri sendiri yang tanggung selsema. Ada orang cakap kalau ibu menyusu apabila minum minuman berais khasiat or nutrien yang ada pada susu ibu tu berkurang. Jadi, kurangkan la minum minuman sejuk ye. Minum boleh tapi beragak la. Ikut ketahanan tubuh masing-masing dan ketahanan tubuh baby. Sebab apa yang kita makan or minum baby pun dapat jugak. Jaga pemakanan anda demi baby tersayang.


Milkbooster yang aku makan. Rm80 sekotak. Dalam tu ada 60 biji.

Cara penyimpanan susu ibu pulak. Aku selalu bagi cukup2 untuk hantar ke rumah pengasuh. Malam sebelum hantar pengasuh tu, aku keluarkan siap stock susu dalam freezer (sejuk beku). Aku simpan dalam peti sejuk biasa nak bagi cairkan. Esoknya, kat rumah pengasuh. Pengasuh tu pandai la simpan dalam peti sejuk. Bagi sesiapa ibu2 yang lebih prihatin tu. Korang sediakan siap cooler bag yang ada ice brick or ice pack dalam tu. Simpan susu dalam tu hantar kat pengasuh. Yela, mana tahu pengasuh terlupa nak simpan susu tu dalam peti sejuk. Sekurangnya bila dalam cooler bag tu susu tu still sejuk lagi.


Penyimpanan susu ibu:

  1.  Suhu bilik - bertahan 4 jam
  2. Refrigerator - bertahan sehingga 48 jam
  3. Sejuk Beku - bertahan sehingga 3 bulan
  4. Deep Freezer - bertahan sehingga 6 bulan.
Tak sah kalau takde gambar dak kecik nie. :)


Sampai sini saja yang dapat aku share kat korang. Harap bermanfaat. Dan aku berharap korang jangan taksub sangat akan sesuatu perkara. Yang susahnya diri kita dan keluarga kita. Kesian kat baby kecik lagi. Korang mesti faham apa aku cuba sampaikan kan?


Sekian.

-Ibu-


1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...