Assalamualaikum..
Hai buddies ku sekalian..
Sambil layan lagu korea dan hindustan aku taip story nie. Korang ingat lagi entry nie..
kerana mulutmu .. Entry ini menceritakan perasaan aku sebagai perempuan yang berbadan kurus keding serupa tak cukup makan.
Ye, memang dulu aku kurus keding. Aku mengaku.. Kalau angin tiup pun mungkin boleh melayang. Jangan salah anggap ye, takde istilah diet dalam kamus hidupku.. Aku sangat suka makan.Dah memang badan aku nie susah nak naik, nak buat macam mane makan dah terlebih pun badan still mantain...
Disebabkan ramai sangat orang tegur aku dan mungkin sebab cemburu dengan bentuk badan aku yang macam model ini (perasaan untuk 'up' diri ). Aku telah bertekad untuk menaikkan berat badan aku. Aku sedar aku punye BMI confirm underweight sebab dengan tinggi aku yang 153 cm dan berat badan yang hanya 40 kg dan kadang kurang membuatkan aku jadi stress dengan berat badan aku sendiri. Itu lah girl, memang susah nak berpuas hati dengan diri sendiri. Kurus pun susah, gemuk pun susah.
Selepas mendapat nasihat daripada kawan aku yang bernama mimi, aku telah mengambil supplement ginseng. Kira supplement nie untuk menambah selera makan aku dan menaikkan berat badan aku ke tahap normal. Selepas 3 hari pengambilan, alhamdulillah selera makan aku semakin bertambah. Asyik nak makan jer dalam otak ini.
2 minggu selepas ambil supplement tu, berat badan aku naik dan aku terasa pipi dah semakin membulat. Bila aku cek berat badan.. wow.. dari 40 kg dah naik 45 kg.. suka betul aku.. hehhe.. Tamat jer semester 7 dan balik kL untuk bercuti,aku telah dijamu oleh makanan yang lazat di rumah mak cik. Keluar dating gak aktiviti utama adalah makan. Hal ini menyebabkan berat badan aku naik 4 kg. fuh.. syok giler wo....
 |
percaya ke tidak? |
Tengok tang muka pulak..
 |
tang pipi tu yang berubah bentuk. yang tudung kuning dulu, tudung merah sekarang |
|
|
|
|
Lagi ye tengok perubahan aku..
 |
masa kurus |
 |
dah ada isi. |
 |
masa keding |
 |
berat badan ideal. |
Masalah yang timbul pulak bila berat dah naik nie ialah seluar yang dulu semua dah tak dapat pakai. Nasib baik baju masih dapat pakai lagi. Sekarang aku rasa senang dan selesa dah dengan berat badan sekarang. Supplement tu,aku dah tak ambil dah dan berat badan still berat badan ideal.. Terasa nak jerit jer dengan orang dok kate aku kurus keding dulu. Wei, aku dah ada isi? tak keding dah. terima kasih lah dulu bagi nasihat kat aku depan orang ramai. Terasa macam nak cakap macam tu pulak dekat orang tu.
Pengajaran di sini, tak semua cemuhan orang kat kita tu hanya untuk menjatuhkan kita saja. Bergantung kepada kita untuk menangani cemuhan tersebut supaya boleh dijadikan peransang untuk memajukan diri sendiri. Renungkan-renungkan dan selamat beramal..
Sekian.