Thursday 31 May 2012

preview Kahwin Ganti by Aifa Batrisya

Assalamualaikum.


novel yang baru sampai..
excited sangat time nie tu yang siap ambil gambar segala
yang penting ada tandatangan penulis lagi.


Aku memang dah lama usha novel kahwin ganti nie dekat blog penulisnya. Mula-mula baca macam tu je tapi bila dah baca bab demi bab terasa syok pulak. Kisah kembar Nuqman Hakim si abang dan Luqman Hakim si adik yang nakal tapi dalam hati ada taman..

Kisah bermula apabila si abang Nuqman hakim yang telah hilang semasa majlis perkahwinannya. Hal ini menyebabkan si adik terpaksa mengganti tempat si abang untuk berkahwin dengan wanita yang bernama Mya Zara iaitu pensyarah kepada Luqman Hakim. Tetapi perkahwinan itu telah disembunyikan daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawan di kampus.


Dalam diam Luqman Hakim mula menyintai Mya Zara tetapi cuba menolak perasaan tersebut sebab takut abang kembarnya balik dan akan meminta kemabali Mya Zara darinya. Luqman sehabisnya menafikan perasaan tersebut walaupun Mya Zara cuba menyakinkan yang dia sudah menyintai Luqman bukan Nuqman.

Sebenarnya aku tak mula lagi baca novel ini. Baru dapat hari ini aku terus buat preview. hehe..
Jadi aku tak dapat lah nak cerita penghujung die macam mana. Kalau nak tahu ending nye macam mana kena beli sendiri novel nye di Karya Seni ya dak... hehehe

Selain daripada faktor jalan cerita novel ini yang best. Aku suka juga bila baca novel nie di blog penulis. Penulis cuba membayangkan yang muka Mya Zara tu macam muka Heliza Helmi. Aku memang minat giler dengan Heliza nie. comel sangat...... kira boleh lah aku bayangkan muka heliza bila baca novel nie. Watak Luqman dan Nuqman pulak penulis menjadikan muka Mohd Shahryzal Jaafar atau Ryzal Jaafar (ala.. pelakon dunia baru dalam drama Tv3 yang selalu main dulu.. yang Elyana berlakon tu.. aku rasa tu lah pertama kali aku nampak muka pelakon tu.. ) . hehhe...
Kombinasi yang memang sesuai aku rasa.


Mya Zara & Luqman Hakim


Kite nak mula baca dah buku kahwin ganti.. jangan jeles ye.. hehhe.. 


bye.

sekian.

1 comment:

  1. mcm best.....btw done follow you :) . blog awok simple but nice :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...