Thursday 10 May 2012

grand dinner eon festive film night

Assalamualaikum

Kehidupan semester 6 di UUM. Aku tak menyangka pejam celik dah 6 semester dah aku dekat UUM tercinta ini. Kira ada satu sem lagi aku akan menghabiskan pengajian seterusnya pratikal dan seterusnya insya Allah akan bekerja. 

Itu hanya mukadimah. Kalau mukadimah kena guna perkataan baik-baik sikit untuk merangsang orang membaca entry nie. (ada ke org nk baca... hehhehe....)

Beberapa minggu yang lalu Eon telah mengadakan grand dinner yang super duper gempak. Eon kalau korang nak tahu adalah nama bagi kolej kediaman aku di UUM. Dekat UUM ada banyak nama yang awesome untuk kolej kediaman, ada nama sime darby,petronas,misc,bsn,muamalat,yayasan al-bukhary,sme bank,bank rakyat,maybank, proton,mas,tradewinds,dan tnb. Semua nama syarikat besar-besar kan? biasalah... universiti pengurusan terkemuka. Bakal melahirkan pengurus malaysia yang berjaya.

ok.. grand dinner eon ini memang selalu diadakan. Kira dalam setahun sekali mesti ada grand dinner ini. Grand dinner ini kiranya untuk meraikan senior yang bakal menghabiskan pengajian dan penyampaian anugerah bagi pelajar-pelajar kolej kediaman eon yang banyak menyumbang jasa dan tenaga dekat kolej kediaman ini.

Tema grand dinner kali ini adalah eon festive film night. Semuanya dari tetamu yang datang dan background dalam dewan kena mengikut tema filem. Memang cantik dewan malam tu. Terasa dalam panggung wayang je. Yang paling best artis yang dijemput ada Arilllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll!!!!!!!!!!!  (aku rasa tak perlu kot aku nak mention mcm tu sekali...) hehhehe.. sorry.. itu menampakkan yang aku ini peminat aril.
Lepas tu ada salma mentor dan tauke maharaja lawak.

Bermacam jenis fesyen yang boleh nampak dalam dinner tersebut.Ada yang bawa watak vampire, ada yang bawa watak ahli sihir, watak serikandi dan tak kurang ada yang bawa watak batman, superman, zorro. Aku rasa kalah anugerah yang selalu ada dekat TV tu jika dibandingkan dengan kami. Yelah... setakat nie takde lagi anugerah untuk artis yang bertemakan filem. ya dak...

background grand dinner.
smart kan?
creadit to: facebook page Eon terbaik

jejaka-jejaka eon.
ada batman,ada naruto.
creadit to: facebook page Eon terbaik


aku & lovely roomate.
tak boleh bawa majlis. ada je perangai pelik yang dibuat.


KAMI.
geng 6+1 forever young tapi ada jugak yang takde kat sini.


 aku & salma mentor
meremang bulu roma aku dengar salma nyanyi malam tu.
fuh.......


 aku & aril !!!!
sebenarnya masa nie aku baru balik dari tandas.
sebelum nak keluar ke tandas tu, aku habaq kat kawan-kawan yang duk 1 meja tu
'eh, aku nak bawak fon lah, mana tahu jumpa aril, boleh tangkap gambaq'
dan.. memang betul aku jumpa aril betul-betul.
rasa nak peluk je aril masa tu..
oppssssssssssssss.........
(behave cik nor)


 antara makanan yang terhidang.
aku nak komen sikit pasal makanan lah.
aku rasa makanan tak berapa nak awesome.
lebih mudah nak cakap tak berapa mengenyangkan.
harap junior nanti kalau jadi AJK untuk dinner ambil berat sikit berkenaan makanan.


 aku tak tahu aku pandang apa kat atas.
mungkin ada mamat handsome kot.
hehehhe.... (gatai)



 cik mek molek dari kelantan.



 nie kakak super duper senior dgn roomatenye.



 sofiah & sophia
sophia yg pakai dress ala-ala ayat-ayat cinta. memang cantik sangat.


 sophia & ira


 sofiah & popcorn nye..


 cik zai


 pelbagai karenah dan perangai


 tengok betapa kelaparannya kami.



 tauke maharaja lawak malam tu memang kerja dia nak mengenakan orang je
VC pun die berani kenakan.

 salma in the stage.


 antara orang yang terima anugerah malam tu


 ARIL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


 aku & pelakon ayat-ayat cinta.


 vampire & superwoman


 my lovely course mate UNA @ yuna.. hehhe..


 ini lah hero of the night
ahli sihir yang memberi kecantikkan kepada orang di sekelilingnya.


 me & fauzi


 ahli sihir tengah mengunakan jampi serapahnya.
korang yang baca blog aku nie akan terus menjadi cantik dan handsome dengan serta merta.


kami.


kami lagi.



me & my bodyguard.
james bond character.

setiap majlis ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi aku dinner untuk tahun last nie memang menyeronokkan sebab ramai artis yang menghiburkan kami dan setiap persembahan tidak membosankan. Bermula daripada gimik pembukaan yang sungguh kreatif daripada plejar kolej kediaman eon menyebabkan aku nak suruh pengetua kolej kediaman aku cepat-cepat tukar nama kolej eon ini ke nama Astro. macam-macam ada..... hehehe... yelah. pengetua pun dah artis. kumpulan nasyid firdaus yang famous tu.. (promote pengetua nampak.) hihhi..

Sampai sini saja entry kali ini. enjoy the reading ya friends.


love u all.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...