Sunday 19 February 2012

kemas dan mengemas

ASSALAMUALAIKUM

Hai pembaca yang budiman,

Kita bertemu kembali dalam rancangan coretan cik noradika yang awwwwwsomeeeeeeeeeeeee.....
(mata ke atas tangan di bahu)

credit by: incik google
Dewan Muadzam Shah,UUM



credit by: incik google jugak.
Dewan Penginapan Pelajar Eon
tempat penginapan pelajar termasuk cik nor.


Aku telah selamat sampai di Universiti Utara Malaysia,US. Seperti gambar di atas, kira korang boleh teka aku berada di mana.. hahhahaa...
What means US..bajet lah sangat United Stated... tp sebenarnya Utan Sintok. Saja je nk merasakan diriku ini begitu berharga.hua hua hua (gelak jahat)

Sebenarnya nak bagitau yang aku telah selamat sampai di UUM dan akan meneruskan pengajian di semester 6.  Kira aku nie dah boleh digelar senior. Senior kot.. cik nor anda perlu berbangga tapi kenapa aku takde pun terbit perasaan bangga. why? lupakan pasal hal tu nanti kita cerita lebih panjang di entry yang seterusnya.

Nak bercerita berkenaan tabiat buruk aku setiap awal semester dan hujung semester adalah mengemas, menyimpan dan memasukkan barang-barang segala harta peribadi ku di dalam pantry apabila tiba hujung semester. Apabila masuk semester pula terpaksa mengeluarkan balik dari pantry untuk dimasukkan dalam bilik. Korang boleh rasa tak macam mana perasaan aku sekarang. Korang tahu lah barang perempuan bukannya sedikit. Tudung dah satu beg, belum yang lain lagi. Betapa penatnya.

Semester nie bertambah pula masalah untuk mengemas bilik sebab bilik yang diberikan kepada aku dan roomate adalah bilik yang BESAR PUNYA!! Sampai kite orang tak tahu nak decorate macam mana supaya tak nampak kosong. Takkan kiteorang nak panggil Eric kot.. hehehe..

Hampir separuh nyawa aku cuba untuk menghabiskan aktiviti mengemas bilik dan akhirnya aku berjaya.
Korang lihat sendiri hasilnya. Aku tak masukkan keseluruhan ruang bilik sebab aku takut korang jealous. hahhaha... tak de lah.. yang lain tu biarlah rahsia... 

nie bahagian katil. biar simple asal pink & selesa.



rak buku dan makanan. stok makanan takde lagi sebab PTPTN belum masuk. 
hehhehe..



hobi aku. membaca.. terutama sekali novel melayu. buku pelajaran takde lagi sebab 
kelas pun tak masuk lagi.



tampalan di dinding untuk menutup segala kecacatan di dinding.
kata-kata semengat dan gambar-gambar kenangan.



meja study yang masih suci dari noda. kalau dah banyak kerja nanti korang 
tengok lah meja nie macam tsunami. hehhe..

Tepuk tangan korang semua dan ucap tahniah cik nor. hehhe... yelah.. bukan senang kot nak mengemas. Dan sekarang aku boleh berbangga dengan diriku sendiri. Alhamdulillah..

ok lah.. malas menaip banyak. kita jumpa lagi di entry yang seterus dan seterus dan seterusnya... 







WASSALAM.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...