Thursday 1 March 2012

Kelahiranku..

ASSALAMUALAIKUM


HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ME,
HAPPY BIRTHDAY TO ME,
JANGAN MAKAN MAGGIE,

hehehehe.... Tanggal 1 MAC 2012, genap lah umur aku 23 tahun. Tapi kalau ikutkan tak genap lagi sebenarnya sebabnya sekarang jam baru menunjukkan pukul 2.30 a.m. Aku pulak dilahirkan tepat jam 8.00 p.m. Jadi pukul 8.00 malam ini barulah genap umur aku 23th years old.

Ok, apa azam bila umur dah semakin meningkat nie? Azamnya adalah untuk capai azam pada umur 20 tahun dulu yang tak tercapai lagi. hihihihi... Apa pulak azam pada umur 20 tahun tu? azamnya adalah...... Biarlah Rahsia............

Apabila mengimbas kembali saat kelahiran aku 23 tahun yang lalu. Aku ingat lagi...arwah mak bercerita kat aku. Yelah, mesti lah mak yang bercerita, takkan lah aku yang ingat sendiri.. apa da...

Aku adalah anak sulung dan cucu sulung buat keluarga sebelah mak. Jadi kelahiran ku memang ditunggu-tunggu. Cewah.. Arwah mak pernah cerita yang arwah ayah, memang gabra dan takut sangat saat kelahiran aku masa tu. Biasa lah anak sulung katakan. Mak dah lama dah masuk dalam labor room, tapi aku yang tak nak keluar lagi. Mungkin syok sangat kot duduk dalam perut mak.. hehhehe.. 

Disebabkan ayah penat sangat menunggu aku yang tak nak keluar keluar. Dia sempat p tengok konsert ziana zain kat padang merdeka kuching. Mungkin untuk hilang kegabraannya kot. Padang merdeka tu kira dekat lah jugak dengan hospital. Masa tu kalau tak silap aku, ziana zain kira first time sampai sarawak. Jadi ramai lah orang sarawak tengok. Biasalah ziana zain kan terkenal masa tu.

Balik jer dari tengok konsert ayah tengok mak dah selamat bersalin kan aku. Ayah cakap macam nie kat mak "dah keluar dah?"... hahhaa...
pastu mak jawab macam nie " ye.. dia malu kat abang kot." hahhahaha...

Bila dengar arwah mak cerita masa tu macam kelakar ada jugak. Yelah, ada pulak tengok konsert masa isteri nak bersalin.. tapi memang kenangan...sekurang-kurangnya arwah mak sempat gak cerita dengan aku macam mana aku lahir.

AKU RINDU MAK DAN AYAH SEKARANG.

Kira ini serba sedikit coretan sempena ulang tahun kelahiranku hari nie. Sejarah kelahiranku.

Sampai sini sahaja coretan kali ini. 


muka dari umur 6 tahun hingga umur 23 tahun.

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

ziana zain. ada iras2 tak? 
hihihihi..




WASSALAM.

2 comments:

  1. happy birthday nono!!!!!!!!!...may Allah bless u n what ever u did :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...