Thursday 15 March 2012

maggi kari + air basuh kasut

ASSALAMUALAIKUM

kawan-kawanku sekalian,



Nie kira entry mengimbau kenangan lalu. Kenangan aku dengan sahabat-sahabat dari masa kecil sampai sekarang. Masa sekolah menengah aku ramai kawan baik, kawan yang susah senang bersama. Kawan yang makan dan tak makan bersama,kawan yang gembira dan sedih bersama. Antara kawan-kawan terbaik ku adalah pina,nurul,mimi, tasha, wawa, limah, nadia, frankline, jue, shida, shikin, dan suai. Kira nie lah kawan yang kamceng dulu masa sekolah menengah. Kebanyakkan dari kawan-kawan aku nie kira sama kampung dgn aku. 

Mesti korang tertanya-tanya kan apa kaitan tajuk entry aku dengan kawan. Ok.. malas nak mukadimah panjang sgt. Aku nak cerita pasal pengalaman aku dgn salah sorang kawan aku nama dia sharmiza abdullah atau mimi. Masa tu aku di tingkatan 4. Aku dari sekolah rendah memang aktif dalam sukan bola jaring. Inagat lagi masa tu hari sabtu, lepas penat training bola jaring aku dengan mimi nie balik ke asrama. ok.. aku memang budak asrama dulu. Dari form 1 duk asrama. Sampai je bilik korang tahu lah kan bila penat, mula lah rasa lapar. Masa tu belum masa makan lagi. Jadi aku geledah lah aku punya almari untuk cari makanan dan hanya jumpa sebungkus maggi kari. 

Dipendekkan cerita, kami pun cari air untuk masak maggi tu. Buat pengetahuan korang kami tak masak maggi guna air panas tau. Sebab asrama tak boleh nak bawak pemanas air atau hitter telah dilarang sama sekali. Jadi korang boleh fikirlah kan kami masak maggi guna air yang tak panas. Dalam bilik tu aku dan kawan aku ternampak satu botol air yang tak bertutup (kalo tak silap). Kami tahu air tu nadia yang punya sebab kami kenal tu memang botol air dia. Jadi kami guna lah air tu utk makan maggi. Kesedapan maggi tu terasa lain daripada biasa. Kami makan macam dunia ini kami yang punya. hua hua hua...

Selepas menghirup air maggi dengan lazatnya, aku dengan mimi dikejutkan dengan pertanyaan nadia yang datang entah dari mana.Pertanyaan nya berbunyi macam nie,
" korang guna air apa untuk makan maggi tu?" nadia bertanya.
jawabku," air yang dalam botol ko lah nadia".
" botol mana?" nadia bertanya lagi.
"tu atas alamari tu", jawab mimi.
"korang tahu tak air tu untuk aku BASUH KASUT," nadia menjawab dengan confidentnya.
" HA!!!!" aku dan mimi ternganga.

Nadia nie jenis pembersih sikit. Dia tak suka kalau kasut dia kotor sedikit pun. Teknik nya macam nie, ambik berus gigi yang dah tak digunakan lagi dan masukkan ke dalam botol yang berisi air. Lepas tu gosok kekotoran yang ada dekat kasut. Dan diulang-ulang sehingga kasut bersih.

Masa tu nadia tak ingat nak buang air tersebut, dan menyebabkan kami telah menggunakan untuk makan maggi. Kami tengok pun air tu tak nampak kotor, ingatkan air yang suci. Rupanya tak..

Lepas je dengar penjelasan nadia kami ketawa sekuat-kuatnya.. dah habis dah kot maggi tu takkan nak keluar balik. Perut pun dah kenyang. Jadi kami buat slumber je lah dan takde pulak kami sakit perut atau cirit birit. Alhamdulillah.....

Kenangan tu mmg susah aku nak lupa. Kenangan bersama kawan-kawan yang terbaik yang pernah aku ada. Terlalu banyak kenangan manis yang aku ada. Kenangan tu akan terpahat di ingatan sampai bila-bila.

Kira kesimpulannya di sini hargailah kawan yang ada. Kawan bukan hanya di masa senang tapi di masa susah jugak. Macam aku dan mimi, kalau nak makan maggi dengan air basuh kasut biarlah bersama-sama. Jangan hanya main hentam sorang-sorang jer.. hehhehe...

botol air.
(pak google punya)

berus gigi dah tak guna.
(pak google punya)

kasut sekolah kotor.
(pak google punya jugak)

maggi kari yg sedap sampai menjilat pinggan.
(pak google jugak yang punya)

mimi & nadia

Sampai di sini sahaja story kali ini. 

Sayangi dan hargai lah kawan-kawan anda.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...