Assalamualaikum
Hari tu Tisya pernah tak berak sampai 9 hari. Hal itu menyebabkan satu family risau kenapa la budak nie tak berak2. Sebagai manusia normal sudah menjadi kebiasaan bagi manusia untuk membuang. Tapi sekarang lain jadinya kepada Tisya.
Perkara ini amat merisaukan buat ibu seperti aku. Yelah, pertama kali jadi ibu. Mesti lah risau takda experience sebelum nie. Macam macam persoalan timbul di benak fikiran, Kenapa tisya tak berak? Salah makan kah? Susu aku tak best kah? Normal ke kalau tak berak?
Dan disebabkan aku ibu di zaman moden yang serba serbi perlukan internet. Aku google lah experience ibu ibu yang lain berkenaan baby tak berak. Dan untuk pengetahuan Tisya nie fully breastfeed. Jadi aku google ayat seperti ini..
" Kenapa baby menyusu badan tak berak?"
Baby menyusu badan tidak berak selama 1-12 hari adalah normal. Kadang-kadang ada yang tak berak sampai sebulan. Hal ini adalah disebabkan susu ibu yang diminum diserap oleh badan baby sepenuhnya dan takda bahan yang perlu disingkirkan.
Apabila aku baca artikel nie rasa lega sikit. Dan kebimbangan aku semakin berkurang apabila jumpa doktor pakar bagitau masalah dan bagitau normal jugak. Asalkan baby aktif, perutnya tak kembung, kencing macam biasa dan kerap kentut. Selagi ada semua tu takyah risau dah. Fuhhh, lega...
Tapi korang sebagai ibu kena ambil perhatian jugak kalau ada baby jenis yang tak berak nie. Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah:
- Pastikan baby kencing seperti biasa. Tisya masa tu memang kencing seperti biasa. Menyusu banyak kencing pun banyak.
- Perut tidak kembung atau keras. Perut Tisya keras bila time dia nak berak. Kalau hari nie perut dia mengeras esoknya mesti dia berak. Dan najisnya pun still warna biasa. Cuma kuantiti banyak dan berbau emmmmmm....seluruh rumah baunya.
- Baby ada kentut. Tisya memang selalu kentut. Aku tak pasti dia kentut sebab tak berak ke atau ikut keturunan yang suka kentut. Pagi2 bangun dah kentut lepas tu buat muka tak bersalah. Bau kentut tak payah nak habaq la. hihi.. Tapi bagusla ada kentut boleh buang angin.
- Baby aktif dan tidak kerap menangis. Menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenal pasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat kesimpulan.
- Susukan baby dengan kerap dan pastikan baby mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya. Nak bezakan foremilk dan hindmilk tengok gambar di bawah.
![]() |
gambar hasil google |
Foremilk - Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan di awal proses penyusuan. Pada awal sesi penyusuan baby akan menerima susu foremilk dahulu. Foremilk mengandungi tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein. Foremilk mengandungi rendah lemak yang mampu menghilangkan dahaga baby kita bukan mengenyangkan.
Hindmilk - Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu ini mengandungi kalori juga lemak yang tinggi dan membuatkan baby kenyang.
If korang tengok baby korang tak berak berhari-hari dan ada simptom-simptom di bawah terus rujuk dengan doktor ye. Jangan bertangguh lagi. Antara simptomnya:
Sekian.
- Baby sering menangis
- Perut baby kembung dan keras
- Baby tidak mahu menyusu
- Baby kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut.
Sekarang, aku nak bagi info berkenaan najis baby pulak. Warna dan jenis najis penting taw ibu-ibu sekalian. Melalui warna dan jenis kita boleh tahu baby tu makan apa, perut dia ok ke tak. Tak pelik kalau dah jadi mak cakap pasal najis anak. Aku nie setiap kali hantar or ambik Tisya kat rumah pengasuh tak sah kalau tak tanya Tisya berak ke hari nie? Warna najis nye warna apa? Aku rasa dah naik muak pengasuh dok jawab soalan tu. Adakah patut cerita pasal najis dengan orang. Hahaha.....
Warna dan jenis najis baby (sumber by babycenter.com)
- Baby baru lahir - Najis baby baru lahir dipanggil mekonium. Bahan melekit warna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus baby semasa dalam rahim dan kompisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar di tanggalkan, mekonium adalah petanda usus baby berfungsi dengan baik. Selepas satu atau dua hari, apabila dah biasa menyusu semua mekonium telah dikeluarkan najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi kuning.
- Baby minum susu badan - Najis baby berwarna kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanisan. Najis lembik dan bertekstur, kadang kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.
- Baby minum susu formula - Najis berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis baby yang diberikan susu badan.
- Baby dah mula makan makanan pejal - Najis tidak mudah untuk dibersihkan dan tidak berbau manis. Dengan makanana pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang sama. Contohnya, apabila anda memberi lobak merah lenyek, kandungan lampin baby akan berwarna jingga cerah.
Baby korang pernah mengalami cirit-birit tak? Tisya setakat nie alhamdulillah tak pernah lagi mengalami cirit-birit. Yelah, berak pun seminggu sekali. hihi...
Nak tahu najis baby yang cirit-birit adalah seperti berikut:
- Najis yang sangat cair
- Dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap
- Najis yang memancut keluar dari punggung baby anda.
Baby yang diberikan susu badan sukar untuk mendapat cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya. Baby yang diberikan susu formula lebih cenderung terkena cirit-birit. Jadi, penting untuk menstrilkan peralatan penyusuan dan membasuh tangan sekerap mungkin dalam menangani baby.
Sekarang nie Tisya takda lah sampai 9 hari tak berak. Dalam 2 hari macam tu dia dah berak. Macam malam tadi. Si ibu nie ingat Tisya just kentut macam biasa. Jadi ibu tak tukar lah lampin, dia pun tak nangis asyik main saja lepas tu bau pun takda. Rupanya bukak ajer lampin ada najis. Apa lagi nangis lah dia. Dalam hati Tisya berkata,
"Apalah ibu nie tisya dah berak lama dah baru sekarang nak basuh, nangis la macam nie".... uwa! uwa !
![]() |
Muka orang lepas kentut tanpa perasaan bersalah. |
Sekian.
Happy reading :)
Di harap dapat memberi info buat ibu-ibu di luar sana.