Monday 25 April 2016

Majlis kawen mewah, bahagia selamanya ke?

Assalamualaikum

Semalam, masa makan malam suami tanya.

"Sayang tak rasa menyesal ke majlis kawen kita dulu tak grand2 mewah2 mcm orang lain?"

Then, kepala otak aku terus berpusing 360 darjah memikirkan soalan cepumas cepudiamod tersebut. Dan aku terus soalkan pada diriku sendiri.

Adakah aku menyesal?


oh.. NO!!

Takda istilah menyesal dalam hidupku. Kalau aku tak jadi kawen dengan suami baru menyesal kot. Nie dah kawen and dah ada anak dah pun. What menyesal mean? Maksudnya, jealous tengok orang pakai baju kawen yang grand banyak bunga2, banyak manik2 harga ratus ratusan dan aku hanya pakai baju second hand yang orang nak let go sebab orang tu nak tutup kedai. Atau aku jealous sebab pelamin orang cantik2 harga ribu riban, penuh dengan bunga bunga cinta dan aku hanya guna pelamin kongsi dengan kakak ipar yang hanya family member buatkan. 

TIDAK!! tak terlintas perasaan jealous pun di hati ku.

Sebab sebelum kawen aku rasa tak sempat nak berangan majlis kawen nak grand2 or nak ikut tema macam mana pun. Yelah, sebelum nie sibuk dengan study n tak terfikir pun nak kawen dalam umur nie. Itu yang tak dan nak fikir pun. Tup2 kawen. Dan dalam fikiran masa buat persiapan kawen masa tu hanyalah kawen dan semua settle. Dan fikiran aku semua nya aku nak jimat. Cut cost semua. Yelah, kita nie tak kaya mana. Ikut kemampuan la. Kecuali kalau orang mampu. Duit hantaran ber K K $$$. 

Kalau dulu, aku suka berangan macam princess. Berangan nak kawen dengan anak raja. Mungkin kot aku nak majlis kawen grand2. Entah lah..

Apa yang penting sekarang adalah kehidupan lepas kawen. Kalau majlis grand seolah wedding of the year tapi last2 makan nasi dengan ikan bilis lepas kawen tak guna jugak (tapi ikan bilis mahal kot)

Kalau majlis ala2 fairy tales tapi suami pinjam bank untuk buat majlis kawen pun tak guna jugak. Pening nak fikir pasal hutang lepas kawen.

Kita buat apa mampu nya kita. Lain la kalau orang tu mampu dan kaya bapak punya. Itu lain cerita la. Ikut dia la nak buat grand macam mana pun.


Kalau kita dah cinta
Yang susah menjadi senang
Yang buruk menjadi cantik
Yang busuk menjadi wangi

Setakat majlis tak grand dan tak meletop apadehal. Yang penting kawen dan nikah dengan orang yang kita cinta jadi semuanya akan menjadi indah belaka. chia chia chia ...










aku tengok semua orang muka bahagia jer kat atas tu. Family happy kita pun bahagia.

Happily ever after.


THE END.


Happy reading :)

4 comments:

  1. btul tu cik nur...saya setuju...buat ape habis ribu riban time wedding...lpas kahwin pokai...ciap buat loan lg utk kahwin...
    for me..hdup lpas kahwin lg pnting...baik guna duit tu utk beli kelengkapan rumah...lg bgus...

    ReplyDelete
  2. hihi.. kan.. lain cerita la bagi yang mampu.

    thank you sbb sudi singgah blog :)

    ReplyDelete
  3. exactly..sy setuju.. nowadays..ekonomi yang tidak menentu better kita pkir hdup yg pnjg berbanding majlis yg hanya 2hri 1mlm.. sedangkan kita nk hdup lama lagi... kan3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. yang penting hidup lepas nikah. :)

      thank you sbb sudi singgah blog :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...