Thursday 10 September 2015

Pengalaman Mengandungku : Part 3

 Assalamualaikum

Hari pertama puasa. Masa tu aku dah nak masuk 4 bulan pregnant. Aku memang sengaja ajak suami sahur dan berbuka dekat rumah mak mertua kat kpg. Sebab takut tak terbangun sahur. Biasala isteri 'mithali' sangat memang macam nie. Lagipun masa tahun pertama puasa sebagai isteri hari tu kat rumah mak mertua jadi memang dah terbiasa mak mertua kejutkan masa sahur. Manja sangat taw....

Alhamdulillah. Tamat puasa satu hari tu apabila berbuka petangnya. Walaupun perut berbunyi jugak mintak makanan. Lepas ajer berbuka. Aku dan suami balik ke rumah sendiri. Dalam kereta lagi. Aku dah keluarkan balik semua makanan yg aku makan masa berbuka tu. Fuh.. kotor habis kereta. Nasib baik memang jenis simpan plastik kecik2 dalam kereta sebab tahu kes morning sickness masa mengandung. Penat wo.. nak muntahkan semua.

Sampai jer rumah terus lapar balik. Emmm.. aku dah terfikir boleh ker aku nak puasa lagi esok. Tapi hati nie kuat nak puasa. Bercakap dengan perut ajak baby puasa sekali esok dan seterusnya. Insha Allah, dipermudahkan segalanya.

Esoknya, bersahur macam biasa. Tapi lepas ajer sahur aku keluarkan balik semua benda yang aku makan. Macam mana aku nak puasa satu hari nie, terfikir aku di dalam hati. Suami nasihat kalau tak larat terus makan, tak payah puasa. Aku nie degil nak jugak puasa. 

Alhamdulillah, puasa hari kedua berjalan dengan lancar walaupun masa tu memang lapar jugak bila dah sampai petang. Kesian kat baby bila ingat balik. Tapi selalu cakap kat dia, kita puasa sama2. Ibu kena puasa sebab Allah suruh puasa. 

Begitu la seterusnya sampai la hari ke- 15 puasa perkara yang aku takutkan berlaku. Lepas sahur hari tu, aku mandi dan solat subuh seperti biasa. Lepas solat subuh niat nak baring kejap lelapkan mata. Sekali aku rasa macam aku terkencing dalam seluar pulak. Tengok kat tilam, ada tompokan darah. Ahh.. sudah.. aku dah cuak dan terbayang perkara yang lepas. Terus ke tandas, tengok memang darah keluar macam air kencing. Suami terus ajak pergi hospital. Nasib baik hospital depan rumah. 

Mula - mula daftar dekat emergency. Memang menguji kesabaran bila tunggu dekat emergency time tu. Dari pukul 6 pagi aku terbaring dekat katil emergency tu sampai pukul 8 pagi dan dekat pukul 9 pagi aku tak dilayan langsung. Nurse cuma datang masukkan jarum drip tu jer. Sepanjang aku terbaring tu aku masih rasa lagi pergerakan baby. Walaupun masa tu baby kecik lagi dan perut aku masih kecik tapi aku boleh rasa dah pergerakannya mungkin naluri seorang ibu kot.

Suami aku dah ulang alik masuk jenguk aku dekat katil. Dia hairan kenapa la takda doktor datang jenguk aku. Sekali ada nurse tu bagitau yang doktor takda dan ada sorang doktor jer itu pun tengah sibuk dengan orang bersalin. Aku masa tu sabar ajer la sebab dekat klinik kerajaan kan. Redha ajer la.. walaupun masa tu hati aku membuak buak ingin tahu keadaan baby dalam perut aku masa tu. kenapa boleh keluar darah?

Pukul 10 pagi macam tu aku pun di tolak masuk ke wad bersalin. Korang bayangkan berapa lama aku menunggu dekat emergency room masa tu. Masuk ke wad bersalin tu bukan sebab aku di suruh beranak sebenarnya nak jumpa doktor kat situ. Nak check baby macam mana. Sampai ajer kat wad bersalin tu. Doktor bagitau nurse yang tolak aku kenapa lewat sangat bawak masuk aku sebab dia dah tunggu lama. Eh.. pening pulak aku. Bukan doktor tengah sibuk dengan orang beranak ke? Ishk.. putar belit betul la hospital nie.

Sekali doktor check lah baby dalam perut. Alhamdulillah sangat. Baby sihat.. siap bergerak gerak lagi main tendang tendang kaki nya. Tapi masa tu uri memang kat bawah sikit dan mungkin jugak itu salah satu faktor nya aku bleeding. Aku tanya lagi memang biasa terjadi macam tu ke? Doktor cakap memang ada berlaku orang macam tu untuk memberi petanda kepada si ibu supaya lebih berhati hati dalam setiap pergerakan. Nurse pun sarankan aku supaya jangan puasa dulu sebab risau jugak salah satu faktor nya sebab itu kan. Wallahualam..

Aku bersyukur sangat sangat baby sihat dan takda apa2.. Dan selepas itu, aku pun duduk rumah selama 2 minggu. Memang aku di jaga betul. Duduk rumah tanpa buat apa. Baring ajer keje. Orang lain puasa aku makan. Orang lain berbuka puasa aku pun makan. Sampai la raya aku tak puasa. Malu nya la.. tapi apa boleh buat untuk kesihatan baby kan. Nanti bayar fidyah atau ganti saja nanti kalau dah lepas beranak.

Sepanjang aku duduk rumah tu, aku ada jugak amalkan senaman untuk naik kan uri balik. Memang masa tu, aku rasa setiap kali berdiri atau berjalan macam ada benda ajer nak terkeluar kat bawah.

Senaman menaikkan uri, korang boleh google jugak cara lain ada banyak. Cara aku adalah :

1) korang baring sambil kaki di angkatkan ke atas. Macam bentuk 'L' . Lebih senang kaki tu korang sandar kat dinding untuk menyokong.

2) Kepala letak bantal tinggi sikit. Dan punggung pun korang letak bantal jugak tapi jangan tinggi sangat. Kalau perut dah agak besar tu memang susah sikit tapi jangan paksa diri untuk buat. Buat secara slow dan rileks

3) Tarik nafas dalam dalam dan cuba tahan selama mampu. Dan lepaskan secara perlahan. Buat beberapa kali. Tarik nafas dengan menggunakan perut. Boleh nampak perut kita naik bila kita tarik nafas guna perut.

4) Cuba baring macam ini selama mana yang mampu dan buat 2 atau 3 kali dalam sehari. Buat di awal pagi dan sebelum masuk tidur.

Senaman ini juga bagus untuk mengelakkan bengkak kaki bagi ibu-ibu mengandung.

Dan alhamdulillah.. Baby dalam perut makin sihat sekarang. Pergerakan dah semakin aktif. Sampai senget-senget perut ibu di buatnya. Semoga dipermudahkan segalanya sampai bersalin nanti Ya Allah..

Terus sihat ye anak. Ibu dan ayah menanti kehadiranmu dalam hidup kami.

Nantikan next part pulak ye...


Trauma betul dengan jarum tu. Sampai sekarang kesannya



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...