Friday 15 June 2012

keseorangan

Assalamualaikum.

Sebelum subuh, aku sudah terjaga. 
Terjaga tanpa jam telefon bimbitku mengejutkanku daripada tidur yang lena,
Terjaga terus tanpa rasa mengantuk,
Alhamdulillah... hidup lagi aku hari ini.

Tapi, kenapa di subuh ini aku terasa betul-betul keseorangan,
keseorangan di bumi Allah yang maha luas ini,
tiba-tiba hati terus syahdu,
syahdu sangat,
aku terus sujud kepadaNYA,
agar aku tidak merasa keseorangan lagi,

Tiba-tiba air mata ini,
air mata ini terus turun laju membasahi pipi, 
baru aku terasa,
aku tidak keseorangan,
benar, aku tidak keseorangan,
kerana Allah sentiasa ada denganku,
sentiasa ada denganku tidak kira waktu,
sentiasa ada denganku tidak kira aku rasa keseorangan atau tidak,
sentiasa ada denganku tidak kira aku gembira atau tidak,
sentiasa ada denganku walaupun aku tidak dipedulikan oleh orang disekelilingi ku.

Syukur padamu Ya ALLAH,
atas segala nikmatMU,
tetapkan lah hatiku padaMU.




2 comments:

  1. alin pon slalu terjaga sebelum waktunya. hu3

    ReplyDelete
  2. bgus lah.. cik nor susah sikit nk terjaga.. perlukan bantuan jam lonceng utk bgun.. apa2 pu thanks for the reading.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...