Assalamualaikum
Hai u all, amacam raya korang kali nie? Best ker? Banyak makan tak? Aku raya tahun nie balik sarawak. Kira turn balik sarawak la tahun nie memandangkan tahun lepas tak jadi nak balik sebab sarat mengandung. Dan beruntungnya balik sarawak tahun nie sebab adanya si kecik Tisya. Jadi raya pertama dalam hidup tisya adalah beraya di sarawak. Memory raya pertama Tisya adalah mengenali kek lapis, air benet (air bikarbonat), manok pansoh (ayam pansoh), daging itam (daging hitam) dan banyak lagi. Eh, apasal memory tisya dipenuhi makanan nie sedangkan tisya tak makan pun semua tu ker memory ibunya nie? hihihi...
Tisya naik flight kali nie alhamdulillah sangat tak meragam macam yang lepas. Mungkin sebab dia dah besar sikit dan dah reti nak main sendiri. Dia tak menangis pun tapi banyak main. Semua orang dalam flight di tegur nya termasuk la pramugari yang lalu tu. Tangan asyik nak menggapai benda jer sampai rambut orang kat depan tu pun nak di tariknya. Yelah, orang kat depan tu rambutnya terpacak sangat jadi mangsa kena tarik rambut la. hihi..
Dah nak landing baru la nak tidur. Lepas tu terjaga bila orang nak bangun keluar dari flight. Jadi tidurnya sekejap ajerla. Lepas tu terkejut tengok tiba2 dekat tempat lain. Yelah, mula2 dalam flight lepas tu kat airport pulak. Nangis la apa lagi. Nasib baik tak lama.
Kalau dulu masa balik masa umurnya 3 bulan dia memang tak boleh di sentuh orang lain langsung. Asyik nangis ajer. Kali nie ok dah asalkan ibu dan ayahnya ada dekat dia. Orang lain dah boleh pegang2 dah boleh main2 dengan dia.
Nak dijadikan cerita, masa malam raya tu. Ibu dan ayah nak pergi shopping mall utk beli barang sikit. Nak belikan songkok ayahnya. Shopping mall tu memang dekat sangat dari rumah. 15 minit dah sampai. Tisya pulak masa tu dah tidur. Memandangkan tisya dah tidur nenek tak bagi bawak dia dah malam pulak tu. Hati ibu nie berbelah bahagi nak bawak ke tak sebab tahu tisya kalau terjaga mesti nangis dan cari ibunya. Takut pulak susahkan nenek sebab tinggal dia saja berdua dengan tisya. Kami semua keluar termasuklah adik2 aku yang lain. Dengan perasaan berbelah bahagi tinggal lah tisya dengan tok (moyang)nya.
Baru beberapa minit sampai shopping mall, aku call nenek tanya dan kedengaran suara tisya menangis seperti dijangka. Menangis terkejut sebab budak2 main mercun depan rumah. Aku terus cepat2 beli apa yang patut dan terus nak balik. Dan boleh pulak jammed masa nak keluar shopping mall tu. Ramai orang nak shopping last minit. Lepas tu cousin call cakap tisya nangis tak boleh nak di tenangkan. Dengar jugak suaranya dah macam serak2. Bila kira2 dah hampir sejam jugak dia menangis.
Sampai ajer kat rumah. Pak Su tengah dukung dia dan tengok muka alahai kesiannya. Berlinangan air mata semacam boleh buat drama air mata. Hampir satu kampung nak tenangkan dia supaya tak nangis. Jiran belakang rumah, jiran depan rumah, jiran tepi rumah semua datang cuba nak tenangkan dia. Ada yang bagi n*n*n tapi semua tak jalan. Bila tengok muka ibu nya terus nak dukung dan peluk macam bertahun tahun tak jumpa. Selang beberapa minit boleh pulak gelak seperti tiada apa2 perkara berlaku. Seperti dia tak pernah menangis sebelumnya. Seperti dia tak memeriahkan suasana malam raya. Emmm... alahai anak.
Raya pertama berjalan seperti biasa. Beraya di rumah mak cik2 dekat dekat kampung. Tisya beraya rumah orang memang senang tak meragam. Dah petang2 baru nak merengek sebab nak tidur. Cuaca kat sarawak masa tu memang sangat panas. Ibu dan ayah tisya tak tahan demam lah dibuatnya senang cerita. Nasib baik tak berjangkit dengan tisya.
Raya kedua, kami pergi jauh sikit. Beraya di rumah mak cik di simunjan. Mak cik yang kami panggil Anjang dan tisya panggil nenek anjang. Dari rumah nenek ke simunjan mengambil masa kira-kira 2 jam macam tu. Di tambah pulak sesat menjadikan kami 3 jam dalam kereta baru sampai. Kira dimaafkan la sebab driver orang selangor. Ape de hal setakat sesat sampai sejam. hihii...
Malam itu kami tidur di situ dan pagi2 nya bertolak balik sebab raya ketiga kami dah fly balik selangor dah. Sekejap ajer rasa nya cuti seminggu.
Raya ketiga, balik dari simunjan kami pun bersiap-siap nak balik ke selangor dah. Dan tisya pun sambung beraya di selangor. Sampai2 ajer terus beraya rumah nenek2 nye kat selangor pulak. Gigih betul yer tisya kutip duit raya. hihihi...
Jom kita enjoy tengok gambar raya tahun 2016 bersamaan 1437 hijrah. checkedautttttt....
Muka ibu banyak senyum boleh balik sarawak. |
Sampai2 ajer terus singgah rumah nenek ibuk di mandikan dan di pakai kan baju baru. |
Muka budak baru lepas menangis yang memeriahkan suasana malam raya. |
Sebahagian daripada pak cik2 tisya. |
Rumah arwah Atok & Arwah nenek tisya cantek sangat silingnya. |
Gambar family tahun nie. Yang nie dah terlebih candid. Yang sorang tak nak duduk, yang sorang nak main. |
Malamnya auntie2 cantek kawan2 ibu datang rumah beraya. Tisya dah tidur. |
Beraya di simunjan. Kawan ibu yang cantik nie datang beraya. |
Raya ketiga, tisya beraya kat airport. Dah nak balik selangor dah. Bye2 sarawak. |
Sampai selangor sambung beraya sampai tisya tertidur. Muka dah penat sangat tu. |
:)
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino