Assalamualaikum
Genapla umur 26 tahun pada 1 mac 2015. Alhamdulillah, syukur atas kehadrat mu Ya Allah atas kesihatan dan kebahagiaan yang engkau berikan.
Alhamdulillah, di umur ini dikurniakan suami yang sangat menyayangi dan mencintai aku apa adanya aku.
Alhamdulillah, di umur ini masih ada keluarga yang menyayangi dan mengambil perhatian tentang diriku.
Alhamdulillah, di umur ini mempunyai kawan-kawan yang sentiasa ada di masa senang dan susahku.
Alhamdulillah, di umur ini masih mempunyai pekerjaan dan murah rezekiku.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sehari awal, abang besar dah bagitau ada candle light dinner malam esok. Kena pakai cecantik. Dia malas nak buat suprise katenye. Dia tu memang. Selalu jer pecahkan rahsia sendiri. Tak boleh nak simpan suprise tu langsung. Aku dah tersenyum simpul dah bila dia cakap macam tu.
Macam biasa, dekat facebook popular la sehari member2 facebook wish birthday. Dekat whatspp lagi. Nasib baik la. Semalam ahad, dok cuti and bersenang lenang ajer kat rumah. Boleh la nak reply wish diaorang semua tu. Wah.. terasa artis diriku.
Malamnya, lepas maghrib. Gerak la nak pergi candle light dinner. Eh.. macam jalan nak balik kampung jer nie. Candle light dinner kat bagan lalang ke? Best jugak.. boleh makan seafood.
Tapi. Abang besar masuk Gold cost morib. Wah.. exclusive nie. Tak sangka pulak.
Memang exclusive. Ambik tempat betol2 dekat pantai. Angin laut sempoi2 bahasa. Tapi bukan candle light dinner pun. Sebab kalau candle light dinner mesti ada lilin n ada orang hidangkan makanan untuk kite. Ini masih ada order macam biasa dan takde lilin. Jadi, ini dinamakan pantai dinner.hihi.. Yang penting romantik.
Lepas ajer makan2. Dan berayat-ayat cinta sekejap. Kita orang balik. Masuk ajer kereta.
'Nah, sayang.. hadiah dari abang.'
'Nah, sayang.. hadiah dari abang.'
Wah.. ini terharu. Sebab benda nie aku tak jangka langsung. Aku ingat just dinner jer. Ha.. ini baru suprise. Nak menitis jugak la air mata semalam.
Akhirnya kita dapat jam yang sama. Hooyehh!!! |
Nampak kan bukan candle light dinner. Kalau candle light sikit2 jer makan. Nie banyak pulak. |
Begitu la kisahnya sambutan birthday puan puteri santubong.
Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment