Assalamualaikum.
Kisah bermula apabila aku mula berasa pelik sebab period delay dah seminggu lebih. Jarang sungguh berlaku. Selalunya akan sentiasa tepat pada masanya.
Sabar dulu ye nor. Tunggu lagi seminggu baru check. Ok.. Seminggu lepas tu aku beli pregnancy test. Beli yang paling murah punya sebab masa tu pun tengah sesak.
Pagi-pagi bangun terus masuk tandas. Melalui pembacaan aku, cara terbaik untuk check pregnant adalah masa awal pagi. Air kencing masa tu adalah air kencing yang terbaik sebab kadar hormon HCG pekat masa tu. Hormon HCG nie adalah hormon yang dihasilkan oleh uri yang mengandungi janin di dalamnya.
Keputusannya adalah seperti di atas. Line kedua kelihatan jelas yang menandakan aku mengandung. Aku tersenyum sampai ke telinga. Terus kejutkan encik suami yang tengah lena tidur.
"Abang!!!! Abang!!! Bangun! ada baby bang!
Suami aku bangun sambil mengesat-ngesat matanya.
"Baby!?? mana baby?
Ok.. kerana excitednya aku membuatkan suami aku mengigau di pagi hari.
Tapi, aku tak nak pergi klinik dulu sebab aku rasa macam masih terlalu awal, Mungkin masa tu usia kandungan masih dalam 4 minggu.
Seminggu lepas tu. Aku mula loya-loya, pening dan muntah. Dia dah mai dah.. mai dah.. Aku cuba tahan untuk tidak ke klinik. Satu hari tu, aku dah tak tahan. Terus ajak suami pergi ke klinik. Dan Doktor mengesahkan yang aku mengandung. Mengikut pengiraan doktor dalam 5 minggu macam tu.
Perasaan excited dan gembira memang terpancar di muka kami suami isteri. Family yang dimaklumkan pun gembira dan mula bagitau pantang larang masa mengandung. Makanan yang boleh dan tak boleh makan.
Antara makanan yang paling pantang di makan adalah Nanas. Jangan sesekali ye ibu-ibu mengandung untuk memakannya. Jangan angkat benda berat-berat. Jangan terlalu stress sangat. Sebab semua nie akan link kepada baby kita. Kalau kita asyik bad mood jer, nanti baby kita pun keluar asyik bad mood jugak. Aku sedaya upaya untuk mengikut segala pantang larang yang orang tua bagi kat aku.
Alahan aku semakin teruk. Makan dah semakin kurang. Asyik muntah-muntah. Makanan yang boleh kurangkan loya aku adalah aiskrim. Hampir setiap hari mesti makan aiskrim yang sama. Tak kira pagi atau petang, malam atau siang.
Ini la aiskrim yang asyik dimakan. |
Minggu yang ke-12 usia kandungan. Kira-kira 3 bulan macam itu la. Kerja dekat office semakin melambak. Aku setiap hari balik kerja dalam keadaan penat. Aku terfikir mungkin sebab mengandung aku menjadi semakin cepat penat. Kat rumah pun encik suami yang tolong masakkan.
Suatu malam, selepas aku dan suami makan malam. Aku mandi dan semasa mandi. Sesuatu yang memang tidak aku duga dan jangka. Sungguh tidak aku sangka. Ada kesan tompokan darah dekat seluar kecik. Aku terus menjerit memanggil suami. Suami cakap jangan fikir bukan-bukan. Mungkin normal sebab baby nak besar. Aku tahu sebenarnya dia pun fikir benda yang sama apa yang aku fikir.
Esok harinya, aku bekerja seperti biasa. Tengah harinya, aku rasa seperti tak selesa. Dan terus ke tandas. Di tandas, ada lagi tompokan tersebut. Aku dah mula menangis.
"baby, jangan takutkan ibu baby.. ibu sayang baby."
Aku terus ajak suami pergi ke klinik.
Doktor mengesahkan yang aku "incompleted miscarrige". Ya, Gugur yang tak sepenuhnya gugur. Doktor scan baby sudah tiada denyutan. Dan pembesarannya hanya minggu ke-9. Sedangkan masa tu sepatutnya dia dah mencapai usia ke-12 minggu. Ya, aku kena terima hakikat yang baby dah takde 3 minggu dalam perutku cuma dia tak nak keluar. Maksudnya die cuma hidup 9 minggu dalam rahimku. Allahuakhbar.. aku sedih Ya Allah...
" puan, kalau puan rasa sakit sangat dan ada keluar darah yang banyak. puan terus ke hospital"
Malam itu, masa tidur. Sakit yang teramat di bahagian ari-ari. Macam senggugut tapi teruk lagi. Jam masa tu seawal 1 pagi tetapi aku dah mula sakit malam nye lagi. Darah dengan ketul-ketul darah keluar dengan banyaknya. Aku hampir pitam.
Terus suami bergegas bawak ke hospital. Masuk emergency. Dan di tahan di wad. Doktor nak memastikan yang kesemuanya telah complete keluar.
Dua-dua tangan kena cucuk. |
Di hospital, dimasukkan sekali dengan wad orang yang baru melahirkan. Malam-malam dengar baby menangis. Terasa mimpi semacam ada baby kita sendiri di sisi. Mengalir lagi air mata aku.
Esoknya, dibenarkan keluar. Alhamdulillah..
Aku masih bersedih. Masih belum dapat menerima kenyataan.
Semua kesedihan aku kongsi dengan suami. Dia la sumber kekuatan. Aku terfikir. Bukan aku tak boleh mengandung kan. Lain kali boleh cuba lagi. Sekarang jer bukan masanya. Percaturan Allah kat kita adalah terbaik.
Alhamdulillah.. Aku sekarang pulih sepenuhnya. Aku dah boleh terima kenyataan.
Baby,
Mungkin kita tidak berjodoh di dunia
Tetapi kita berjodoh di akhirat sana
Tunggu ibu ye.
Ibu dan ayah sayang baby.
I love you.
Sekian.
Yang benar.
Ibu
Alhamdulillah.. Aku sekarang pulih sepenuhnya. Aku dah boleh terima kenyataan.
Baby,
Mungkin kita tidak berjodoh di dunia
Tetapi kita berjodoh di akhirat sana
Tunggu ibu ye.
Ibu dan ayah sayang baby.
I love you.
Sekian.
Yang benar.
Ibu
No comments:
Post a Comment