Assalamualaikum.
Aku pernah di tanya seorang member. Dia kiranya tak pernah menaiki kapal terbang. Soalan yang aku rasa tak perlu aku jawab dan aku memang tak jawab pun. Soalannya..
Member aku : Tak takut ker ko naik flight?
Aku jawab: mula naik takut jugak. macam-macam benda fikir. Dah biasa, ok jer..
Member aku : Kalau aku lebih prefer naik bas. Kalau naik flight risiko mati tinggi kot.
Aku jawab: ...........
Bagi aku. Hidup mati kita Allah yang tentukan. Di mana-mana kita boleh mati. Mati itu pasti. Itu yang Allah dah janjikan untuk kita.
Kalau korang nak tahu, aku pernah merasa macam mana kapal terbang seperti nak terhempas. Serupa nyawa di cabut dari badan aku rasa.
Masa tu penerbangan aku ke sarawak. Kira aku balik sorang takde teman. Masa naik tu, penerbangan seperti biasa tanpa masalah. Aku duduk di sebelah tingkap. Memang aku suka sangat sebab boleh tengok langit dan matahari terbenam sebab masa tu dah petang.
Pilot mengumumkan yang kami akan mendarat dalam setengah jam tapi kenapa aku rasa flight bergoyang lain macam. Aku pandang sebelah tempat duduk aku. Sorang lelaki. Pemisah kami hanya satu kerusi. Goyangan kapal terbang semakin kuat.
15 minit kemudian, pilot membuat pengumuman sekali lagi yang cuaca di kuching hujan lebat tetapi kami kena mendarat dan kapal terbang kena melawan hujan untuk mendarat di landasan.
Aku dah beristghfar. Semua ayat suci yang aku ingat aku dah keluarkan dari mulut aku. Aku terdengar penumpang yang lain sudah mula menjerit. Aku pandang tingkap di tepi dan aku terkejut apabila tiba-tiba kilat memancar seolah-olah berada di depan mata aku.
Paling mendebarkan apabila flight tiba -tiba menurun dengan mendadak seperti hendak terhempas. Terkeluar perkataan ALLAHU AKHBAR!! dari mulutku.
Terasa seperti nyawa aku melayamg. Dalam kepala otakku terbayang semua orang yang aku sayang. Kalau lah aku mati......
Aku terdengar suara pilot memberi pengumuman supaya bertenang. Para penumpang mulai senyap dan kapal terbang masih lagi dalam keadaan seperti tidak stabil.
Beberapa minit kemudian, Aku dah boleh nampak landasan kapal terbang kuching. Aku tersenyum dan terdengar suara penumpang sudah mulai bercakap antara satu sama lain. Aku pandang lelaki di sebelah aku. Dia pun menarik nafas lega.
Mendarat sahaja di landasan. Semua penumpang di dalam flight bertepuk tangan tanda kelegaan. Dan aku menarik nafas lega. Mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa. Aku masih lagi di beri peluang untuk hidup. Alhamdulillah...
Itu adalah pengalaman aku semasa naik kapal terbang. Oleh sebab itu, aku boleh merasai macam mana keadaan mereka di dalam MH370. Sedangkan aku masa tu kapal terbang susah mendarat di sebabkan hujan apatah lagi mereka yang megalami saat yang paling dahsyat.
Pesan aku. Jika kita tidak mampu membantu dalam pencarian MH370. Jangan kita berlagak pandai yang kita pandai dalam serba serbi. Doa adalah bantuan kita yang paling bermakna.
Sekian.
Teruskan berdoa supaya segala misteri kehilangan MH370 terungkai. |
Allah maha besar. |
No comments:
Post a Comment