Friday, 17 May 2013

Nafsu Manusia

Assalamualaikum


Salam Jumaat buat semua kaum muslimin dan muslimat sekalian. Jumaat penghulu segala hari.  Jumaat untuk peringatan kepada kita tentang akan berlakunya hari Kiamat. Selamat menunaikan solat Jumaat buat kaum Adam semua. Sempena hari Jumaat ini aku nak cerita sikit berkenaan nafsu manusia. 

Nafsu tidak mahu mengakui dirinya hamba Allah. Bagi nafsu, dirinya miliknya sendiri dan tiada kena mengena dengan Allah. 

Biarpun nafsu telah dilontar ke neraka 1000 tahun, tapi nafsu masih tidak mahu mengakui sebagai hamba Allah. Apabila ditanya lagi, nafsu masih tidak mahu mengakui dan dilontar lagi ke neraka selama 1000 tahun lagi. Ditanya kali ketiga tapi nafsu memang degil.

Sudahnya lebih lama daripada 1000 tahun di neraka. Jelaslah, nafsu memang akan sentiasa memerangi akal manusia. Memerangi nafsu itu lebih dahsyat daripada Perang Badar. Jadi, kita sebagai manusia janganlah lupa tentang kekuatan nafsu ini. 

Nafsu manusia adalah ujian daripada Allah. Jika manusia mampu menguasai nafsunya bermakna dia telah mengatasi ujian daripada Allah. Sekiranya nafsu dididik ke arah kejahatan maka nafsu akan menjadi jahat dan liar. Maka lahirlah orang yang pandai tapi jahat, orang yang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan sebagainya.

Mengikut Al-Quran nafsu terdiri daripada tiga iaitu:

1) Nafsu Ammarah Bissu
2) Nafsu Lawwammah
3) Nafsu Mutmainnah

Nafsu Ammarah Bissu mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama. Firman Allah maksudnya : "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusof : ayat 53)

Susah nak menegur orang yang mempunyai nafsu sebegini kerana mereka tidak peka dengan kesilapan dan selalu mengikut kepala sendiri sahaja. 

Nafsu Lawwammah adalah nafsu yang sudah mengenal baik dan buruk. Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan  peraturan-peraturan Allah. Nafsu ini mengarahkan manusia untuk menentang kejahatan, tetapi kadang kala nafsu akan terjerumus kepada dosa. Orang yang memiliki nafsu seperti ini tidak tetap pendirian. Orang yang memiliki nafsu seperti ini memiliki jiwa menyesali atas perbuatan jahat yang mereka lakukan.

Nafsu yang ketiga dalah nafsu Mutmainnah yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Orang yang memiliki nafsu ini dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Mereka sentiasa redha dengan ketentuan Allah.

Firman Allah : " Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi di redhaiNYA. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU." (Surah Al-Fajr : ayat 27-30)

Kawan-kawan semua marilah kita didik nafsu kita ke arah yang diredhai oleh Allah.

Anda kategori nafsu yang bagaimana? Renungkanlah...





Sumber: penpatah.blogspot  & kotakemail.blogspot


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...