Friday, 17 May 2013

Nafsu Manusia

Assalamualaikum


Salam Jumaat buat semua kaum muslimin dan muslimat sekalian. Jumaat penghulu segala hari.  Jumaat untuk peringatan kepada kita tentang akan berlakunya hari Kiamat. Selamat menunaikan solat Jumaat buat kaum Adam semua. Sempena hari Jumaat ini aku nak cerita sikit berkenaan nafsu manusia. 

Nafsu tidak mahu mengakui dirinya hamba Allah. Bagi nafsu, dirinya miliknya sendiri dan tiada kena mengena dengan Allah. 

Biarpun nafsu telah dilontar ke neraka 1000 tahun, tapi nafsu masih tidak mahu mengakui sebagai hamba Allah. Apabila ditanya lagi, nafsu masih tidak mahu mengakui dan dilontar lagi ke neraka selama 1000 tahun lagi. Ditanya kali ketiga tapi nafsu memang degil.

Sudahnya lebih lama daripada 1000 tahun di neraka. Jelaslah, nafsu memang akan sentiasa memerangi akal manusia. Memerangi nafsu itu lebih dahsyat daripada Perang Badar. Jadi, kita sebagai manusia janganlah lupa tentang kekuatan nafsu ini. 

Nafsu manusia adalah ujian daripada Allah. Jika manusia mampu menguasai nafsunya bermakna dia telah mengatasi ujian daripada Allah. Sekiranya nafsu dididik ke arah kejahatan maka nafsu akan menjadi jahat dan liar. Maka lahirlah orang yang pandai tapi jahat, orang yang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan sebagainya.

Mengikut Al-Quran nafsu terdiri daripada tiga iaitu:

1) Nafsu Ammarah Bissu
2) Nafsu Lawwammah
3) Nafsu Mutmainnah

Nafsu Ammarah Bissu mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama. Firman Allah maksudnya : "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusof : ayat 53)

Susah nak menegur orang yang mempunyai nafsu sebegini kerana mereka tidak peka dengan kesilapan dan selalu mengikut kepala sendiri sahaja. 

Nafsu Lawwammah adalah nafsu yang sudah mengenal baik dan buruk. Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan  peraturan-peraturan Allah. Nafsu ini mengarahkan manusia untuk menentang kejahatan, tetapi kadang kala nafsu akan terjerumus kepada dosa. Orang yang memiliki nafsu seperti ini tidak tetap pendirian. Orang yang memiliki nafsu seperti ini memiliki jiwa menyesali atas perbuatan jahat yang mereka lakukan.

Nafsu yang ketiga dalah nafsu Mutmainnah yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Orang yang memiliki nafsu ini dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Mereka sentiasa redha dengan ketentuan Allah.

Firman Allah : " Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi di redhaiNYA. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU." (Surah Al-Fajr : ayat 27-30)

Kawan-kawan semua marilah kita didik nafsu kita ke arah yang diredhai oleh Allah.

Anda kategori nafsu yang bagaimana? Renungkanlah...





Sumber: penpatah.blogspot  & kotakemail.blogspot


Thursday, 16 May 2013

Korang kenal tak?

Assalamualaikum.

Hai, ladies and gentleman. Aku nak introduce kat korang sorang minah nie. Aku harap korang kenal lah. Aku dah tak larat dah dengan perangai syok sendiri dan gila-gila minah nie. Kalau korang larat nak jaga, korang ambik lah ye. hehehe..

Ini dia.... minah nye....




Korang kenal tak?
















Minah 1







Minah 2
Sekian.

Wednesday, 15 May 2013

Semenanjung ke Sarawak


Assalamualaikum

Penghujung bulan 1 hari itu, ada sorang mamat semenanjung, orang selangor nie nak ikut aku balik kampung. Kampung aku yang kat sarawak. Ye, aku orang sarawak bumi kenyalang. Bukan orang kelantan, bukan orang perak. Aku pun tak tahu kenape orang cakap muka aku ini macam muka orang semenanjung. Yang menjadi kehairanan aku, apa beza muka orang sarawak dengan orang semenanjung. Sama jer aku rasa. emmm.... 

Aku ingat lagi ayat mamat ini. Dia cakap, die ingin sangat nak datang sarawak. Nak naik kapal terbang. Sambil buat muka comel, nasib baik tak buat gwiyomi jer dengan aku. Dia cuba memujuk aku dengan sehabis mungkin. Disebabkan hati aku yang suci murni dan baik ini, akhirnya aku kalah juga dengan pujuk rayu mamat itu. Akhirnya, aku book sekali tiket kapal terbang sekali untuk dia. Buat pertama kali, aku bawa orang semenanjung ke rumah. Dah macam bawa bakal suami dah... hehe...

Muka cute yang dia buat.
Cute ker?

Akhirnya. Balik berdua. sebelum ini balik sorang2..
Sampai je Airport Kuching, kami di sambut oleh cik Mimi dan pasangannya encik Isa Kumar. Dan secara automatiknye cik Mimi telah menjadi pemandu arah atau tourist guide bagi kami. Kerja tanpa gaji, kami sangat berterima kasih kepada cik Mimi atas jasa baik beliau. 

Ini lah muka tourist guide yang tak bergaji kami merangkap jurukamera.
Selama dua hari mamat ini kat sarawak, kami orang sarawak ini hanya sempat bawa dia jalan-jalan di Kuching dan Samarahan sahaja. Kalau setakat dua hari ajer kome nak pusing satu sarawak. Jangan nak mimpi lah ye..

Tempat-tempat yang sempat kami singgah selama dua hari itu adalah.....
korang boleh scrool kat bawah.. Aku nak letak gambar jer.. 

Ini bangunan INTAN singkatan bagi Institut Tadbiran Awam Negara.
Orang samarahan nak pi kuching mesti lalu bangunan ini.






Pemandangan sekitar Waterfront


Mahkamah Lama di tengah bandar Kuching


Astana Brooke



Tak sah kalau pelancong tak ambil gambar kat sini. Tapi ini bukan pelancongnya.. hihi..



Ini baru pelancong nye. Yang pakai sunglasses tu lah.. Budak kecik pakai
beg pink dan buat muka perasan macho itu Arol. haha..


Next...

Petangnya aku ajak mamat ini ambil Jue dekat kampung dia. Kampung Jue memang adventure sikit lah bila nak pi. Tapi tak lah dahsyat mana. Normal lah kan bila kereta naik Feri. hehhe..

Kereta dan motosikal menyeberang sungai.

Masa pergerakan feri. 

Sampai kampung Jue dah masuk maghrib masa tu. Terus mak dan ayah Jue, ajak pi surau. Sembahyang dulu. Kira-kira dalam pukul 9 malam macam itu baru balik. Jue pun ikut sekali dan bermalam rumah mimi sebab esoknya dia nak ikut kita orang ronda Kuching lagi dengan alasan nak beli barang-barang untuk kahwinnya nanti.

Esoknya,

Plaza Merdeka, Kuching

India Street, Kuching

Sekitar pemandangan di India Street



Lepas teman Jue pi beli barang kahwin dia. Aku pun ajak diaorang ronda-ronda cari rumah sewa di kawasan semariang yang berdekatan dengan Yayasan tempat aku praktikal. Sekadar tengok-tengok aje, bukan dapat apa-apa pun. Memandangkan Yayasan nie satu hala jer nak pi santubong dan damai beach jadi kitaorang pun melencong lah ke sana.

Sepanjang perjalanan menuju ke santubong dan damai beach


Kampung budaya Sarawak

Damai beach berdekatan dengan kampung budaya sarawak. Jadi niat aku nak bawak lah pelancong nie masuk kampung budaya ini. Nak suruh dia tengok rumah-rumah tradisional kaum yang ada kat sarawak ini dan segala adat resam dan budaya orang sarawak boleh tengok. Tapi sayang seribu kali sayang, bila dengar je tiket untuk masuk, kami tak jadi nak masuk disebabkan harga tiket untuk orang bukan sarawak adalah RM60. Bagi orang sarawak pulak RM20 kalau tak silap aku. Bajet pun tak cukup jadi terpaksa batalkan niat. Mamat ini cakap, takpe lain kali boleh datang lagi. Aih, macam nak selalu datang jer nie. hehehe..

Lepas niat nak masuk kampung budaya itu tergendala kami terus ke seberang jalan. Tengok laut lagi best, tapi yang tak best adalah masa itu tengah hari dan panas terik. Berpeluh jugak lah menengok laut masa itu.



Nurul pun ikut masa itu. Tapi dia lambat sikit dan follow kita orang guna kereta dia masa nak pergi santubong tu jer. Lepas berpanas beberapa jam dekat damai beach. Kami pun terus bertolak balik. Tak boleh nak tengok suasana malam sebab malamnya mamat semenanjung ini dah nak kena fly balik. Naik flight dah macam naik bas, booking bukan main lama lagi tapi pergi sekejap ajer. Sabo jer lah.....

Malamnya pulak hantar beliau, wah beliau pulak dari tadi mamat mamat jer aku guna. Aku hantar dia balik dan ajak nurul sekali teman dan tak lupa Jue dan mimi.

Cukuplah 3 hari 2 malam beliau di sarawak. Sempat juga dia bawa balik kek lapis.
Kalau ada jodoh datang lagi ke sarawak.
Jangan malu dan jangan segan.

Sampai sini saja cerita nya. Nanti kita cerita lagi ye.

Wassalam.

Love u all.







Tuesday, 14 May 2013

Aku bersyukur

Assalamualaikum..

Kita sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.T dikehendaki bersyukur atas segala kurniaan NYA. Besar atau kecil kurniaan tersebut semua itu adalah daripada Allah. Listing Aku bersyukur ini adalah untuk menyedarkan diri aku dan membuat aku berfikir sendiri atas segala nikmat yang Allah bagi kepada aku.

1) Aku bersyukur dilahirkan sebagai Islam.
2) Aku bersyukur dilahirkan sebagai perempuan.
3) Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak sulung dan mempunyai 4 orang adik lelaki yang awesome.
4) Aku bersyukur kerana aku orang sarawak dan warganegara Malaysia yang aman dan damai.
5) Aku bersyukur dengan fizikal diriku kerana aku tidak cacat.
6) Aku bersyukur walaupun aku dah tidak ada mak dan ayah tapi aku masih ada ramai orang sayang.
7) Aku bersyukur kerana ada ramai kawan-kawan yang menyayangi aku.
8) Aku bersyukur dapat mengenali Raihezam Abu Bakar.
9) Aku bersyukur aku dapat ambil degree di UUM.
10) Aku bersyukur kerana aku masih hidup lagi di umur 24 tahun ini.
11) Aku bersyukur aku dapat praktikal di Yayasan Sarawak.
12) Aku bersyukur aku masih dapat makan dan minum dengan baik.
13) Aku bersyukur sebab aku boleh merasa nikmat makanan yang sedap
14) Aku bersyukur walaupun aku tak kaya dan kurang mampu tapi aku masih tak kurang makan.
15) Aku bersyukur aku ada dua handphone sony ericsson yang ada keypad walaupun sekarang orang dan guna handphone touch screen semuanya.
16) Aku bersyukur kerana aku ada laptop jenama Dell yang bertahan sehingga kini dari mula aku beli masa tahun 2010
17) Aku bersyukur aku boleh faham bahasa inggeris walaupun aku masih broken bila bercakap
18) Aku bersyukur sebab aku boleh jalan-jalan bercuti satu malaysia.
19) Aku bersyukur sebab aku ada akaun facebook, blog, twitter yang tak ingat password, keek dan youtube.
20) Aku bersyukur sebab aku tak berapa minat k-pop kecuali gwiyomi. hehehe...
21) Aku bersyukur sebab ilmu dan pengalaman aku semakin bertambah.
22) Aku beryukur dengan pengalaman bekerja aku sebagai tukang potong sayur dan siang ikan dekat kedai makan dan sebagai cleaner.
23) Aku bersyukur aku orang kampung. 
24) Aku bersyukur sebab aku tak kurus keding macam dulu dan tak underweight lagi.
25) Aku bersyukur sebab di kurniakan oleh adik-adik yang mendengar kata.
26) Aku bersyukur sebab masih ada mak cik- mak cik dan pak cik-pakcik yang selalu mengambil berat diri aku dan adik-adik.
27) Aku bersyukur sebab aku boleh berfikir dengan waras dan tak gila.
29) Aku bersyukur sebab aku boleh gelak lagi bila tengok lawak Jozan dan parody bobo. hihii..
30) Aku bersyukur atas segala ilmu yang aku ada dan ingin menambah lagi ilmu tersebut.
31) Aku bersyukur sebab aku bukan artis
32) Aku bersyukur dapat kenal ramai orang di Malaysia ini tidak kira kaum, keturunan, agama.
33) Aku bersyukur sebab aku sihat dan tak sakit.
34) Aku bersyukur atas segala kurniaan yang Allah bagi pada aku. Dan aku berdoa semoga aku sentiasa bersyukur atas segala pemberiaanNYA.
ALHAMDULILLAH.

Sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak list. Tapi cukuplah setakat ini. Ingatlah hubungan kita dengan Allah amat istimewa. Lebih istimewa daripada segala hubungan. Alhamdulillah sebab aku mampu memiliki keistimewaan ini. 


Listing Aku bersyukur ini membuka mata dan minda aku tentang segala apa yang aku ada di dunia ini. Susah mana pun hidup kita di dunia ini tapi ingatlah ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Ada lagi yang lebih melarat hidupnya daripada kita. Fikirkanlah, bila kita hanya mampu makan ikan bilis dengan nasi je satu hari itu ingat lah ada lagi orang yang tak makan langsung selama sebulan. Korang boleh saja tengok dekat tv kehidupan orang dekat afrika yang mati tak makan. Jadi, bersyukurlah dengan kehidupan kita di dunia ini.

Harap entry kali ini memberi manfaat kepada pembaca blog ini.

Sekian.

love u all.


sumber gambar: google image

Tuesday, 7 May 2013

Apabila Bosan Melanda.

Assalamualaikum.




Saya bosan dalam Office. 






Jadi

Saya

Terasa

Macam

Nak


 Melancong

ke

Pulau Perhentian


dan

Terasa

Lapar



dan 

Nak

Makan

Burger Bakar Abang Burn


Sekian.


Perlu ke nak mention tempat melancong tu pulau perhentian dan benda yang nak makan tu burger bakar abang burn. Hebat permainan dia.. hebat..


sumber:Google images


Wednesday, 1 May 2013

1 Mei dan Adik Saya

Assalamualaikum.


Hari ini tanggal 1 Mei 2013. Hari Pekerja untuk pekerja-pekerja di seluruh dunia umumnya dan Malaysia khususnya. Wah, ayat aku.. Semua pekerja di beri cuti untuk hari ini. Tidak kira apa pekerjaan anda, sama ada doktor, majistret,guru,kerani,pegawai SPR dan sebagainya dikehendaki bercuti untuk hari ini. Jadi, Selamat Bercuti untuk semua pekerja-pekerja sekalian. Bagi penanam anggur (penganggur) pula, anda memang bernasib baik kerana sentiasa bercuti tidak kira hari bekerja atau hari bercuti. Anda memang bertuah. :-)

selamat hari pekerja Malaysia!


Tanggal 1 Mei ini juga, adalah hari lahir adik bongsu aku yang bernama Norshahasrul Fatri Bin Bolhassan. Genaplah umur beliau 10 Tahun. Selamat hari lahir Arol, I love u..


duck face.. suka tangkap gmbr buat muka mcm. pangaruh fb.
Budak yang suka buat muka 'duck face' ini suka sangat main teka-teki. Antara teka-teki yang paling aku ingat masa dia umur 4 tahun kalau tak silap ingatan aku. Teka-teki yang berbunyi macam ini:

monyet atas pokok, katak pulak bawah pokok.
kenapa monyet atas pokok?

jawapan aku masa itu:

sebab monyet memang suka bergayut atas pokok.

jawapan arol:

salah. sebab monyet takut dengan katak yang bawah pokok tu. Itu sebab monyet atas pokok.

hahaha... masa itu. Memang gelak besar aku di buatnya. Teka-teki itu tercipta disebabkan masa itu dia memang takut sangat dengan katak. 


Lagi satu teka-teki yang saja nak menyebabkan aku terkena. Kira baru-baru ini juga lah teka-teki itu. Masa itu, aku baru baik daripada demam. Malam sebelumnya, memang aku tak larat sangat nak bangun. Bangun pagi itu, badan aku masih terasa lemah semacam. Lepas aku makan ubat dan mandi dan kemas-kemas rumah sikit. Barulah terasa baik dan boleh buat apa-apa yang patut. Lepas makan tengah hari, aku suruh Arol cuci kasut sekolah die. Tapi budak itu degil. Tak nak die nak cuci kasut. Aku apa lagi mula lah berleter. Masa aku tengah berleter marahkan die tu, tiba-tiba die suruh aku berhenti.

kak nor, kejap. Arol ada satu teka-teki.

Aku terus terdiam.  Ha, apa teka-tekinye?

Ada sorang perempuan, masa pagi die lemah jer. Baring jer sepanjang malam sampai ke pagi. Memang perempuan tu macam dah tak berdaya lah. Tapi, bila tengah hari. perempuan tu sihat dan cergas dan die terus marah-marahkan orang dan bising-bising. Siapakah perempuan itu?

Aku tak mampu nak jawab teka-teki itu dan jawapan aku hanya ketawa sampai keluar air mata. 

Ok, fine. Adik aku kenakan aku. Agak kureng asam di situ.. hihihihi...

Arol & kai (cousin) . Raya tahun lepas.
Selamat hari lahir, Arol. Semoga menjadi orang yang berjaya dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Sampai sini saja..
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...