Hai pembaca sekalian,
Baca saja tajuk entry mesti korang dah tahu apa yang aku nak coretkan. hari ini kesedihan yang teramat sangat telah melanda diriku yang kosong ini. Sangat perit kurasakan. Terasa ketidak adilan telah berlaku terhadap aku. KENAPA?? KENAPA?? KENAPA??
ok... enough.. hiperbola yang melampau.
Hari ini result exam untuk semester 5 telah keluar dari sarangnya. Keputusan yang amat mendukacitakan. Keputusan yang aku tidak inginkan. lain yang aku target, lain pulak yang aku dapat. Kalau dapat yang lebih baik takpe jugak. Ini tidak yang lebih buruk adalah. sebenarnya, hampir setiap semester macam nie sahaja keputusan aku, segala yang aku terget mesti tak dapat. Kalau aku target A mesti dapat B, kalau aku terget B mesti dapat C. Kalau mcm tu lebih baik takyah tergetkan. Tapi susah jugak sebab kita mesti ada target atau matlamat untuk mencapai kejayaan.
Mugkin silap aku. Aku yang kurang usaha. Aku yang kurang
Aku percaya aku akan dapat result exam yang membanggakan. Aku yakin. Seperti lagu AF "percaya pada diri serta harapan dan keyakinan......"
doakan kejayaan saya ye kawan-kawan..
No comments:
Post a Comment