Friday 19 July 2013

Hari terakhir sebagai praktikal student

Assalamualaikum

Tajuk yang terus dan telus dengan isi yang akan diutarakan. Korang akan tahu cerita apa yang aku akan ceritakan tetapi tidak tahu isi di dalamnya. Ya, hari ini 19 Julai 2013 genap enam bulan lebih aku berpraktikal di Yayasan Sarawak. Tapi sebenarnya ada baki dua hari lagi praktikal memandangkan holiday jadi tamatlah riwayat hari ini. hihihi..

Imbas semula hari pertama berpraktikal. Dalam perjalanan nak ke tempat berpraktikal, tayar motosikal adik aku pancit nak membuktikan betapa jauhnya tempat tersebut dengan rumah aku. Jauh beb, lenguh pinggang duduk atas motosikal. Disebabkan faktor jauh tersebut, aku telah membuat keputusan untuk tinggal di asrama yang telah disediakan. Jadi aku balik hari minggu je ke rumah. Tidak lah penat sangat adik atau kaum keluarga aku nak mengambil dan menghantar aku pergi kerja. Al-maklumlah, aku ini 'pandai' sangat bawak kenderaan tak kira motosikal atau kereta. Korang kena faham konsep tu.

Suasana baru jadi kawan pun baru. Alhamdulillah, aku boleh terima suasana baru tersebut. Kita di tempat orang kena pandai bawa diri. Biar siapa pun kawan kita, kita kena pandai jaga tingkah laku dan batas pergaulan. Perkara yang paling penting, jangan memilih kawan. 

Selang beberapa minggu, aku sudah ditimpa kemalangan. Wah, bukan kemalangan kot aku rasa. Lebih spesifik lagi jatuh motosikal kot. Tengah hari masa nak keluar pergi makan aku telah berani diri follow member keluar makan guna motosikal tanpa menggunakan helmet. Berani wo.. disebabkan jalan licin hujan kami telah mencium lantai. Nasib baik ada orang yang baik hati berhenti dan menghantar kami ke Yayasan semula. Salah seorang kakitangan menghantar kami ke klinik, nasib baik cedera tak teruk. Dapatlah MC dua hari.

Beberapa minggu kemudian, lain pulak kes yang berlaku. Bilik aku kena masuk orang luar. Ya, bilik asrama aku tempat aku tinggal sepanjang berpraktikal. Aku yang dapat tengok muka lelaki yang masuk bilik aku itu. Dari segi pemerhatian aku lelaki tersebut berbadan gempal dan bertuala. Aku rasa target utama lelaki itu adalah tempat kami simpan makanan. Lapar kot. Memang masa itu, aku rasa takut dan trauma. Lepas kejadian itu, aku semacam ada sindrom kunci pintu dan check balik pintu itu berkali-kali walaupun aku tahu pintu tersebut dah berkunci dengan selamatnya. Alahai, trauma punya pasal.

Semua itu dinamakan pengalaman. Memang benar seperti apa yang orang cakap, belajar dan bekerja itu lain. Komunikasi dan pergaulan itu penting tapi kena pada tempatnya. Segala perkara yang dibelajar semasa di Universiti di praktikkan semasa berpraktikal. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Semua staf baik-baik belaka. Kamceng jer..

Now, operasi menyiapkan report selepas praktikum. Minggu depan dah nak pi kedah hantar. UUM aku datang. Konvo dalam impian. Amin....

Sekian.

last day





Wednesday 17 July 2013

Tuesday 9 July 2013

Ramadan Al-mubarak 1434 hijrah/2013

Assalamualaikum

Ramadan datang lagi dengan seribu rahmat. 

Doaku agar aku terus hidup sepanjang bulan ramadan ini.

Doaku agar aku dapat menjalani ramadan ini dengan penuh ketakwaan dan sentiasa membisikkan kata-kata pujian dan cinta kepadaNYA.

Doaku dengan kehadiran ramadan ini akan mengajar aku menjadi lebih tabah dan kuat menempuh segala dugaan daripadaNYA.

Di malam pertama ramadan tiba-tiba terasa syahdu.

Cuba menahan air mata yang hampir gugur buat kesekian kalinya.

Merindui mereka yang tersayang yang telah pergi buat selamanya.

Merindui kenangan bersama mereka di bulan ramadan yang telah dilalui bersama mereka.



Sempena ramadan ini, aku Noradika Bolhassan menyusun 10 jari memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang mengenali diri ini. Kita 0-0 ye puasa ini. Raya nanti kita minta maaf lagi. Mari kita beramal bersama-sama di bulan puasa ini. 


Al-fatihah buat:

Bolhassan bin Daraup (Ayah)
Fatimah Binti Tambi (Mak)
Tambi bin Zen (Datuk)
Yusup bin Tambi (Ngah)
 dan ahli-ahli keluarga lain yang telah meninggal dunia dan kaum muslimin dan muslimat yang lainnya.

Al-fatihah.



Sekian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...